Terdapat 148 berita berdasarkan kata kunci carian " pertukaran asing "

Reformasi Dasar Ekonomi Kunci Kukuhkan Ringgit - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) berkata pembaharuan struktur dan dasar ekonomi mesti diutamakan berbanding pergantungan  berlebihan terhadap rizab antarabangsa untuk menangani turun naik mata wang.

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa disokong faktor makroekonomi yang lebih luas meskipun pelaksanaan tarif AS memberi impak kepada pasaran global.

Mekanisme Perdagangan, Pelaburan Dalam Mata Wang Tempatan Akan Terus Diperkukuh

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memperkukuh serta menambah baik saluran dan mekanisme sedia ada bagi mempermudah urusan perdagangan dan pelaburan dalam mata wang tempatan.

Axiata Group Kembali Raih Keuntungan Dengan Untung Bersih RM946.82 Juta 

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Axiata Group Bhd kembali mencatatkan keuntungan selepas meraih keuntungan bersih sebanyak RM946.82 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2024 daripada kerugian bersih RM1.99 bilion pada tahun kewangan 2023.

PCG Catat Untung Bersih RM1.175 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) susut kepada RM1.175 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM1.696 bilion pada tahun sebelumnya.

Rizab Antarabangsa Malaysia Berjumlah US$117.7 Bilion Pada 14 Feb, 2025

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada US$117.7 bilion pada 14 Feb, 2025 daripada US$116.4 bilion pada 31 Jan, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Ringgit Menambah Nilai Keseluruhan Sebanyak 2.7 Peratus Berbanding Dolar US Pada 2024 - BNM

KUALA LUMPUR, 14 Feb -- Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia.

Bimbang Tarif AS Beri Kesan, Ringgit Diunjur RM4.41–RM4.44 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan, bergerak antara RM4.41 dan RM4.44 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap dasar tarif AS.

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$115.5 Bilion Pada 15 Jan, 2025

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Malaysia berjumlah US$115.5 bilion setakat 15 Jan, 2025, berbanding US$116.2 bilion pada 31 Dis, 2024, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Standard Chartered Global Research: BNM Dijangka Kekalkan Opr Pada 3.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Standard Chartered Global Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dalam mesyuarat keputusan dasar monetari 22 Januari ini.

Ringgit Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah sentimen memberangsangkan pelabur berikutan data ekonomi negara maju itu yang mengatasi jangkaan awal, kata penganalisis.

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$116.2 Bilion Pada Akhir 2024

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia meningkat tahun ke tahun kepada US$116.2 bilion (US$1=RM4.48) pada 31 Dis 2024 daripada US$113.5 bilion pada 29 Dis 2023, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).