BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 0-1 Kuching City FC | 

Terdapat 528 berita berdasarkan kata kunci carian "bnm"

Pemohon Pembiayaan Peribadi Lebih RM100,000 Wajib Hadiri Modul Pendidikan Kewangan - BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$122.68 Bilion Pada Akhir Ogos 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$122.68 bilion manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$252.8 bilion pada akhir Ogos 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Ahli Ekonomi Jangka Peluasan Skop CGT Dalam Belanjawan 2026

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Ahli ekonomi percaya bahawa Belanjawan 2026 tidak akan memperkenalkan sebarang perubahan besar dalam sistem percukaian terutamanya cukai individu dan korporat untuk mengekalkan keyakinan pengguna dan pelabur apabila tarif Amerika Syarikat (AS) bermula.

BNM Kenakan Penalti Monetari Pentadbiran Terhadap Syarikat S M Ziaudeen, Alipay Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran sebanyak RM193,500 kepada Syarikat S M Ziaudeen Sdn Bhd (SSMZ) dan RM340,000 ke atas Alipay Malaysia Sdn Bhd (Alipay) kerana ketidakpatuhan terhadap kawal selia. 

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$122.8 Bilion Pada 12 Sept

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$122.8 bilion pada 12 Sept, 2025 daripada US$122.7 billion pada 29 Ogos, 2025.

Penurunan Harga RON95 Redakan Inflasi, Jana Pertumbuhan -- OCBC Research

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Langkah rasionalisasi RON95 yang menetapkan harga bahan api itu kepada RM1.99 daripada RM2.05 seliter bermula 30 Sept, 2025, dijangka dapat mengekang tekanan inflasi selain menjana pertumbuhan, kata OCBC Global Markets Research.

Kerajaan Belum Berhasrat Kaji Semula Sistem Penggenapan Lima Sen - Amir Hamzah

BATU KAWAN, 22 Sept (Bernama) -- Kerajaan pada masa ini belum berhasrat untuk mengkaji semula sistem penggenapan kepada lima sen terdekat yang dilaksanakan sejak 2008.

OPR Rendah Kurangkan Kos Pinjaman, Bantu Rakyat Miliki Rumah

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang lebih rendah dijangka menyokong kemampuan pemilikan rumah melalui pengurangan kos bayaran balik hutang, menurut Kementerian Kewangan (MOF). 

MBSB IB Semak Ramalan Kadar Hasil MGS 2025 Kepada 3.40 Peratus

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) telah menyemak semula unjuran 2025 bagi kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun untuk mengakhiri tahun pada sekitar 3.40 peratus, berikutan pemotongan kadar dasar semalaman (OPR) baru-baru ini. 

ASEAN Tawar Peluang Luas Untuk Pelaburan Berimpak Tinggi - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- ASEAN menawarkan peluang yang luas untuk pelaburan berimpak tinggi berikutan peneraju dalam sektor perniagaan dan kerajaan cenderung ke arah integrasi serantau yang lebih baik, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Ringgit Dijangka Cecah 4.08 Menjelang Akhir 2025 - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit diunjurkan mengukuh kepada 4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini, disokong oleh kestabilan makroekonomi Malaysia, pembaharuan yang sedang dilaksanakan serta peralihan pelabur daripada aset AS, menurut Kenanga Investment Bank (IB) Bhd.

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dari sistem kewangan.