19hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia mengunjurkan harga minyak mentah Brent akan kekal tinggi dalam tempoh terdekat sebelum kembali mereda dengan mencatatkan purata US$86 (US$1 = RM3.96) setong pada 2026 dan US$70 setong pada 2027.
19hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, dipacu oleh minat risiko baharu susulan laporan kemungkinan Selat Hormuz yang menjadi laluan utama penghantaran minyak global, bakal dibuka semula.
19hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia yang mencatatkan kenaikal awal ditutup rendah pada Jumaat berikutan penjualan pada saat-saat akhir dalam saham mewah ketika pelabur mula berhati-hati dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik berterusan di Asia Barat terus menjejaskan sentimen pasaran.
19hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penurunan semalam untuk dibuka tinggi pada Jumaat, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street apabila sentimen pelabur lebih baik susulan ketegangan geopolitik yang mereda antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
19hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat susulan berita mengenai kemungkinan gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, yang dijangka memberi impak positif kepada mata wang tempatan, kata penganalisis.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Jumlah permintaan kargo udara global, yang diukur dalam tan-kilometer kargo, meningkat sebanyak 4.0 peratus pada April 2026 berbanding paras pada April 2025 (4.0 peratus bagi operasi antarabangsa), menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
20hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis selepas disokong oleh momentum menaik dalam harga minyak mentah dan niaga hadapan minyak sayuran saingan, kata seorang peniaga.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, menjejaki penurunan harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).
20hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila ketegangan geopolitik yang memuncak di Asia Barat meningkatkan permintaan terhadap mata wang AS susulan sentimen penghindaran risiko semakin ketara.
20hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis, meneruskan penurunan untuk hari ketiga berturut-turut apabila pelabur menjadi semakin berhati-hati terhadap risiko susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak.
20hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Khamis, disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai berikutan data ekonomi China yang menggalakkan, kata peniaga.
20hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama hari ini, namun susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pelabur kekal berhati-hati terhadap rundingan berterusan antara AS dan Iran.