1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam persekitaran prestasi Wall Street semalaman bercampur-campur selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan dalam jangkaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) tinggi.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit susut berbanding dolar US untuk hari ketiga berturut-turut berikutan kenaikan Indeks Dolar US (DXY) menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) malam ini, kata seorang pakar ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) mengukuh, ia dijangka mempercepatkan permintaan untuk dolar US.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 12 Nov (Bernama) -- Faktor ekonomi dan geopolitik memperlahankan pertumbuhan di rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang terdiri daripada 21 negara anggota, menurut laporan Analisis Trend Serantau APEC.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Langkah kerajaan menggalakkan pendapatan pelaburan asing syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dibawa balik dan ditukar kepada ringgit tidak melibatkan sebarang penjualan pegangan aset dan pelaburan mereka di luar negara.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berikutan mata wang itu terus meningkat menjelang kenyataan yang akan dikeluarkan oleh pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) minggu ini dan penerbitan data inflasi AS esok, kata seorang ahli ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan kekukuhan dolar AS selain penurunan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum belian yang dicatatkan hampir sepanjang hari dagangan untuk ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan saat-saat akhir di tengah-tengah prestasi lemah pasaran serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi, kembali meningkat berikutan prestasi Wall Street yang lebih kukuh dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa, didorong oleh penyusutan sementara pengukuhan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu selepas lonjakan yang dipacu oleh pilihan raya, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.