9bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 yang berakhir hari ini menyaksikan perkumpulan itu menyokong Penyampaian Ekonomi Utama (PED) Malaysia di tengah-tengah isu tarif AS yang menjejaskan negara anggota.
9bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, didorong oleh pengukuhan harga minyak kacang soya dan minyak mentah, kata peniaga minyak sawit David Ng.
9bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi selaras dengan keuntungan di Comex berikutan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang semakin memanas mula meningkatkan minat membeli.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah tegas sepanjang penangguhan tarif timbal balik selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) untuk melindungi asas-asas industri dan daya saing jangka panjang Malaysia, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kukuh hari ini sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang mantap.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bidaan untuk bangunan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) di bawah Pakej 3 dijangka dibuka pada Mei 2025 dan tempoh siap dijadualkan pada 2027.
9bulan ago
Oleh M.Saraswathi
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Di saat landskap ekonomi global berubah secara mendadak, ASEAN berada di persimpangan kritikal dan bersedia untuk mengharungi cabaran mendatang, kata Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- ASEAN perlu mengekalkan pendirian berkecuali dalam bahang perang dagangan global berkaitan tarif membabitkan kuasa besar Amerika Syarikat (AS) dan China, kata mantan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Andrew Sheng.
9bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, di tengah-tengah penjualan komoditi global yang dicetuskan oleh pelaksanaan tarif AS, menurut peniaga minyak sawit David Ng.
9bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Hari ketiga Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 dan mesyuarat berkaitan, menyaksikan perbincangan produktif antara menteri ASEAN dan majlis perniagaan utama.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, mengakhiri penurunan empat hari berturut-turut seiring dengan peningkatan di Bursa Komoditi New York (COMEX) dan di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan yang memuncak.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu sejajar prestasi asas pasaran tunai.