Terdapat 1833 berita berdasarkan kata kunci carian "saham"

Tekanan Jualan Asak Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Selasa susulan aktiviti jualan ketara membabitkan saham-saham bermodal rendah yang mengheret turun pasaran secara meluas.

Saham Kerjaya Prospek Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Harga saham Kerjaya Prospek Group Bhd susut pada sesi dagangan awal hari ini walaupun anak syarikat milik penuhnya telah memperoleh kontrak kedua tahun ini.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kebimbangan Terhadap Kelembapan Ekonomi AS

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trend penurunan, dibuka rendah pada Selasa dipengaruhi oleh prestasi hambar Wall Street.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Eksport Yang Lemah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini berikutan kadar eksport yang lebih lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Capital A Sasar Keluar Daripada Status PN17 Menjelang Mei 2025

SEPANG, 10 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd menyasar keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang Mei 2025 selepas pelan penstrukturan semulanya mendapat kelulusan pemegang saham dan Mahkamah Tinggi.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Indeks Komposit Turun 0.70 Peratus

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Mac  (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh kaunter utiliti, telekomunikasi dan media serta sektor perkhidmatan kewangan. 

Capital A Tumpu Penstrukturan Semula, Tiada Perancangan Dividen Setakat Ini - CEO

SEPANG, 10 Mac (Bernama) --  Capital A Bhd tiada perancangan pembayaran dividen dalam masa terdekat susulan syarikat memberi keutamaan kepada usaha penstrukturan semula dan pengurangan hutangnya, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes.

Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak RM51.03 Juta Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd menerima kontrak daripada Persada Mentari Sdn Bhd (PMSB) untuk  menyiapkan kerja tanah dan cerucuk bagi cadangan membina pangsapuri perkhidmatan di Pulau Pinang, bernilai RM51.03 juta.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti, produk dan perkhidmatan pengguna serta pengangkutan dan logistik.

Jualan Singkat Saham NationGate Digantung Sepanjang Hari Ini

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mengumumkan jualan singkat harian (IDSS) untuk NationGate Holdings Bhd telah digantung sepanjang hari ini.

PDB Akan Jawab Notis Tunjuk Sebab Bursa Dengan Prospek Pertumbuhan Kukuh

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Pertama Digital Bhd (PDB) mencatatkan kemajuan ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini, daripada memperoleh pembiayaan utama sehingga melaksanakan pembelian strategik dan kerjasama yang mendorongnya untuk pertumbuhan jangka masa panjang.

Jualan Singkat Harian Saham Yew Lee Pacific Digantung Sepanjang Hari

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mengumumkan bahawa jualan singkat harian (IDSS) untuk Yew Lee Pacific Group Bhd telah digantung sepanjang hari.