10bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Kebimbangan terhadap kemelesetan global semakin meningkat susulan semakan semula keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China baru-baru ini, selain pengumuman tarif timbal balik baharu oleh Presiden Donald Trump.
10bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Menteri kewangan ASEAN akan bertemu di sini pada minggu depan di tengah-tengah keperluan mendesak untuk memperdalam integrasi ekonomi dan mengukuhkan daya tahan kewangan susulan pengumuman tarif baharu Amerika Syarikat (AS).
10bulan ago
MELAKA, 5 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan ekonomi negara mungkin mengalami sedikit impak susulan kadar tarif yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini.
10bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan antara paras 4.41 dan 4.42 berbanding dolar AS pada minggu depan, kata seorang penganalisis.
10bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dalam keadaan sentimen lemah minggu depan, memandangkan penjualan ketara di pasaran komoditi global, kata peniaga.
10bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan lebih rendah susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) yang menjejaskan prospek permintaan global, kata Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
10bulan ago
Oleh Yin Shao Loong
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Tarif yang diumumkan pada 2 April diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) President Donald Trump telah mengejutkan dunia dan menunjukkan perubahan dasar globalisasi daripada pentadbiran AS sebelum ini.
10bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Jumaat dalam perdagangan nipis berikutan ketiadaan pemain dari China, kata seorang peniaga.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menyemak semula unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2025 negara kepada 4.3 peratus daripada 4.9 peratus dan kepada 4.0 peratus daripada 4.6 peratus bagi 2026.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menyemak semula unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 kepada 4.5 peratus daripada unjuran awal 5.0 peratus, susulan ketegangan perdagangan kian meruncing dan kenaikan tarif yang berpotensi menjejaskan ekonomi negara yang dipacu oleh eksport.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan susut sedikit, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah dan diasak aktiviti jualan ketara serta pasaran serantau yang turut lesu susulan pengumuman rancangan tarif timbal balik Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia perlu mengambil langkah untuk mempelbagaikan sumber bahan mentah dan pelanggan mereka bagi memastikan risiko rantaian bekalan dapat dikurangkan.