9bulan ago
KUCHING, 12 April (Bernama) -- Cahya Mata Cement Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) sedang memohon kelulusan daripada Kerajaan Sarawak bagi memulakan pembangunan fasiliti baharunya, Clinker Line 2, di Mambong, di sini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniaga secara mendatar pada minggu akan datang dengan harga berkemunginan menjejaki niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga minyak mentah, dalam persekitaran ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang berterusan, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
9bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dan kenaikan niaga hadapan getah serantau didorong oleh niaga hadapan getah Shanghai yang meningkat, kata peniaga.
9bulan ago
PETALING JAYA, 11 April (Bernama) -- Fibromat (M) Bhd, yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpul RM17.8 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Paras stok minyak sawit dijangka meningkat lagi pada April 2025 susulan harga minyak mentah yang rendah, ketiadaan permintaan yang didorong oleh perayaan dan corak kitaran semula jadi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa perniagaan tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), agar tidak terlalu bergantung hanya pada satu pasaran susulan penangguhan 90 hari tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pada Februari 2025 mencatat pertumbuhan 1.5 peratus, dipacu oleh peningkatan output sektor pembuatan yang tumbuh pada 4.8 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Pembangunan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) di Perak dijangka menarik pelaburan sebanyak RM72 bilion dan mewujudkan lebih 50,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 25 tahun akan datang, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah tegas sepanjang penangguhan tarif timbal balik selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) untuk melindungi asas-asas industri dan daya saing jangka panjang Malaysia, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
9bulan ago
KOTA BHARU, 10 April (Bernama) -- Hibiscus Petroleum Bhd mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.7 bilion tahun lepas dengan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) melebihi RM1 bilion bagi tahun ketiga berturut-turut.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Airbus dan Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC) memeterai satu perjanjian kerjasama penyelidikan dan teknologi bagi meneliti rantaian bekalan bahan api penerbangan mampan (SAF) di serata Asia Pasifik.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui Malaysia Petroleum Management (MPM) dan Vietnam Oil and Gas Group (Petrovietnam) memeterai perjanjian prinsip utama (KPA) untuk melanjutkan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) dan perjanjian jual beli gas huluan (UGSA).