ASM Automation Disenaraikan Di Pasaran ACE, Sasar Pengembangan Global
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- ASM Automation Group Bhd yang membuat kemunculan di Pasaran ACE menyasarkan untuk memacu pertumbuhan masa hadapan dengan mengembangkan kehadirannya dan mempertingkatkan penyelesaian jentera automasi di Malaysia serta pasaran global utama.