Bank Muamalat Terima Anugerah Kecemerlangan Perbankan Islam Sedunia Di London
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd telah diberi penghormatan melalui 'Anugerah Kecemerlangan Perbankan Islam Sedunia' yang julung kali diadakan pada Forum Kepimpinan Muslim Sedunia (WMLF) 2024 yang berprestij di London, United Kingdom (UK) pada Jumaat lepas.