2hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, terus mencatatkan penurunan 2.7 peratus pada Disember 2025, selepas susut 1.8 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Eksport Malaysia meningkat sebanyak RM14.3 bilion atau 10.4 peratus tahun ke tahun kepada RM153 bilion pada Disember 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Disember 2025 dengan mata indeks mencatatkan 135.5 berbanding 133.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.7 peratus pada suku keempat 2025 (S4 2025), disokong oleh prestasi kukuh dalam sektor ekonomi utama dan permintaan domestik yang teguh, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
21hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia mencecah RM158.9 bilion pada November 2025 yang memaparkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 6.4 peratus, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
22hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Fasa pertama Banci Ekonomi (BE) 2026 yang sedang berlangsung ketika ini memberi fokus kepada sektor informal termasuk perusahaan berskala kecil, mikro dan perniagaan dalam talian yang semakin berkembang pesat, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
25hari ago
PUTRAJAYA, 5 Jan (Bernama) -- Sebanyak 1.34 juta entiti perniagaan di seluruh negara, merangkumi perniagaan mikro, perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat besar terlibat dalam Banci Ekonomi (BE) 2026 yang dilaksanakan bermula hari ini sehingga 31 Okt 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terus memperkukuh amalan pengurusan data apabila empat pegawai jabatan itu berjaya memperoleh Certified Data Management Professional (CDMP) oleh DAMA International yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) meningkat 30.0 peratus kepada RM325.2 bilion pada 2024 meskipun berdepan dengan ketidaktentuan dalam landskap perdagangan global, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 1.8 peratus pada November, 2025 daripada penurunan 0.1 peratus pada Oktober 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Indeks nilai seunit eksport Malaysia merosot 0.1 peratus kepada 154.0 mata pada November 2025 berbanding 154.2 mata pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur mendominasi eksport Malaysia, menyumbang 85.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pada November 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).