Terdapat 14 berita berdasarkan kata kunci carian " rekod baharu"

Nilai Eksport Negara Catat RM1.45 Trilion Setakat November Tahun Ini - Pengerusi MATRADE

KEPALA BATAS, 28 Dis (Bernama) -- Malaysia mencatatkan nilai eksport negara mencecah RM1.45 trilion bagi tempoh Januari hingga November tahun ini, manakala jumlah dagangan keseluruhan mencapai RM2.77 trilion bagi tempoh sama.

Syarikat Penerbangan Global Diunjur Raih Rekod, Untung Bersih Terkumpul US$41 Bilion - IATA

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

GENEVA, 9 Dis (Bernama) -- Syarikat penerbangan global dijangka mencatat rekod baharu dengan keuntungan bersih terkumpul berjumlah US$41 bilion (US$1=RM4.11) pada 2026, meningkat daripada US$39.5 bilion tahun ini manakala margin keuntungan bersihnya diunjur tidak berubah pada 3.9 peratus.

Portfolio Sukuk Jangka Pendek IILM Catat Paras Tertinggi Baharu US$6.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Portfolio Sukuk jangka pendek tertunggak Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) mencapai paras rekod baharu sebanyak US$6.2 bilion (US$1=RM4.20).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa mencerminkan paras tertinggi rekod baharu emas Bursa Komoditi New York (COMEX), Amerika Syarikat apabila permintaan yang kukuh berterusan di tengah ketidaktentuan ekonomi global.

OPEC Akan Terus Melabur Dalam Bahan Api Fosil Walaupun Terdapat Inisiatif Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan terus melabur dalam pengeluaran bahan api fosil, walaupun momentum yang semakin meningkat di sebalik inisiatif kemampanan dan peralihan tenaga global.

Ekspo Taiwan 2025 Perkenal Lima Produk Inovatif

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Lima produk inovatif dalam segmen kesihatan dan kesejahteraan, kehidupan pintar serta penyelesaian inovatif akan dilancarkan semasa Ekspo Taiwan yang akan diadakan mulai 23 hingga 25 ​​Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

IHW 2025 Jangka Tarik 900 Pempamer, Melangkaui Sasaran MATRADE

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Minggu Kesihatan Antarabangsa (IWH) 2025 yang akan datang dijangka akan mencipta rekod baharu dengan lebih daripada 900 peserta pameran tempatan, serantau dan antarabangsa, melangkaui sasaran awal 750 yang ditetapkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). 

Eksport Produk Halal Malaysia Melonjak Kepada RM61.79 Bilion Pada 2024 - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Eksport produk halal Malaysia mencecah RM61.79 bilion pada 2024, menandakan peningkatan 15 peratus daripada RM53.72 bilion yang dicatatkan pada 2023, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Westports Catat Keuntungan Bersih Lebih Tinggi Sebanyak RM897.98 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih Westports Holdings Bhd meningkat kepada RM897.98 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 berbanding RM779.43 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. 

Perjanjian MY-UAE CEPA Cipta Rekod Perjanjian Bebas Terpantas Dimuktamadkan

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas terpantas dimuktamadkan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

WEF Dijangka Lebih Fokus Kepada Tarif, Dasar Industri Trump 2.0

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjangka lebih banyak tumpuan akan diberikan kepada tarif dan dasar industri pada penggal kedua kepresidenan Donald Trump.

Northport Catat Rekod Kendalian Kontena, Kargo Konvensional Tahunan

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Northport (Malaysia) Bhd berjaya mencatat rekod baharu jumlah pengendalian tahunan untuk segmen perniagaan kontena dan kargo konvensional yang mencecah 3,328,508 unit bersamaan 20 kaki (TEU) setakat 27 Nov, 2024.