Bina Puri Selesai Pengeluaran Kemudahan Kredit RM73 Juta Daripada MBSB
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bina Puri Holdings Bhd (Bina Puri) hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya, Sumbangan Lagenda Sdn Bhd telah menyelesaikan pengeluaran kemudahan kredit berjumlah RM73 juta daripada MBSB Bank Bhd.