3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd, RHB Banking Group dan Public Bank Bhd telah menyemak semula kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) masing-masing berikutan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) daripada 3.00 peratus kepada 2.75 peratus hari ini.
19hari ago
KUCHING, 23 Jun (Bernama) -- Affin Bank Bhd berada dalam kedudukan yang baik untuk menjadi pemangkin pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak dengan menawarkan pembiayaan bersasar, sokongan transformasi digital dan pembinaan kapasiti bukan kewangan yang sejajar dengan sektor-sektor ekonomi strategik negeri itu.
24hari ago
Oleh Suraidah Roslan
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia berada di kedudukan yang baik untuk membangunkan ruang pasaran kewangan Islam dan menjadi hab bagi penyatuan mudah tunai, disokong oleh peningkatan permintaan dalam pembiayaan selamat Islam, kata Pengarah Eksekutif Perbendaharaan Kumpulan Affin Bank, Hanif Ghulam.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan potensi penggabungan antara Affin Bank Bhd dan AMMB Holdings Bhd akan melibatkan penerbitan saham baharu yang besar dan berkemungkinan membawa kesan dilutif.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kumpulan Affin telah menerima penarafan kredit antarabangsa pertamanya A3 dengan tinjauan yang stabil daripada Moody’s Ratings (Moody’s).
2bulan ago
SHAH ALAM, 30 April (Bernama) -- Affin Group hari ini memperkenalkan keistimewaan eksklusif baharu kepada pemegang kad Affin Premier selain menawarkan pengalaman golf kelas pertama dalam persekitaran moden dan santai dengan kerjasama restoran La Casa Leal.
2bulan ago
KUCHING, 27 April (Bernama) -- Dalam Sarawak melakar langkah ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan berasaskan inovasi menjelang 2030, institusi kewangan perlu melakukan lebih daripada sekadar menguruskan modal, kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) merancang untuk mengurangkan pegangan aset strategik daripada 56 peratus kepada 35 peratus di bawah 'Projek Bumi' dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menurunkan pendedahan di samping mengekalkan kawalan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Affin Bank Bhd telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan MUFG Bank (Malaysia) Bhd untuk memupuk kerjasama perniagaan dan memacu peluang pertumbuhan bersama.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Majoriti bank Malaysia mendapat penarafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) yang melebihi penanda aras purata, selaras dengan piawaian antarabangsa dan menyaingi bank-bank Singapura, kata CIMB Securities Sdn Bhd.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Affin Bank Bhd meningkat 26.7 peratus kepada RM509.70 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM402.19 juta pada tahun sebelum itu didorong oleh pendapatan yang lebih tinggi serta hapus kira kerugian rosot nilai kredit yang lebih tinggi sebanyak RM229.6 juta.
4bulan ago
KUCHING, 18 Feb (Bernama) -- Sebanyak enam lagi cawangan Affin Bank Bhd akan dibuka di Sarawak menjelang Julai ini menjadikan kesemuanya 14 cawangan di negeri itu, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali.