Naik Taraf Status Banteras Kewangan Haram Malaysia Cerminkan Usaha Menyeluruh Negara - Gabenor BNM
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Langkah Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) untuk menaik taraf status Malaysia kepada status “Regular Follow-Up” iaitu kategori tertinggi di bawah proses penilaian bersama, mencerminkan komitmen dan usaha menyeluruh negara, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.