Terdapat 293 berita berdasarkan kata kunci carian " april 2025 "

Sektor Perbankan Malaysia Berdaya Tahan Walaupun Berdepan Tekanan Tarif, Dijangka Kekal Stabil Pada 2026

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia mengakhiri tahun 2025 dengan kedudukan yang lebih baik, mencatatkan pertumbuhan pinjaman yang kukuh, kualiti aset yang stabil dan keuntungan yang mampan walaupun tahun ini diselubungi ketegangan perdagangan global manakala prospek untuk tahun depan kekal stabil dalam portfolio yang pelbagai.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini berbanding keuntungan sebelumnya di tengah-tengah jangkaan peningkatan dalam inventori, kata peniaga minyak sawit David Ng.

PDT, SD Guthrie, Ecoworld Bangunkan Eco Business Park 8 Di Kulai, Johor

JOHOR BAHRU, 19 Nov (Bernama) -- Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT), SD Guthrie Land Ventures Sdn Bhd (SDGLV) dan Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) telah membentuk perkongsian kerjasama strategik untuk membangunkan taman perindustrian bersepadu utama di Kulai, Johor. 

KWSP Berada Di Landasan Bagi Agihan Dividen Lebih Tinggi - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada di landasan untuk mengagihkan dividen yang lebih tinggi kepada kalangan ahlinya apabila merekodkan pertumbuhan dua digit dari segi pendapatan pelaburan, kata ahli ekonomi.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas Fed Beri Isyarat Kadar Faedah Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong kelemahan mata wang negara maju itu selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) memberi isyarat yang cenderung kepada kadar faedah rendah.

IMF Unjur Pertumbuhan Global Menyederhana Kepada 3.2 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan global diunjurkan perlahan kepada 3.1 peratus pada 2026 berbanding 3.2 peratus tahun ini daripada 3.3 peratus pada 2024, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Malaysia, GCC Dalam Proses Muktamadkan Tarikh Pusingan Pertama Rundingan FTA – MITI

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kini sedang dalam proses memuktamadkan tarikh yang sesuai untuk memulakan pusingan pertama rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Kos LRT Mutiara Line Berjumlah RM16.8 Bilion Cerminkan Keadaan Pasaran Semasa - MRT Corp

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Siling keseluruhan peruntukan berjumlah RM16.8 bilion yang disemak semula untuk LRT Mutiara Line bukan peningkatan kos tidak terkawal tetapi mencerminkan keadaan pasaran sepanjang lapan tahun lepas, menurut Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).

Felcra Catat Untung Boleh Agih RM178 Juta Bagi Projek P&P Januari Hingga April 2025 - TPM Zahid

PASIR SALAK, 17 Ogos (Bernama) -- Felcra Bhd mencatatkan keuntungan boleh agih sebanyak RM178 juta bagi Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) dari Januari hingga April 2025, menunjukkan peningkatan daripada prestasi tahun sebelumnya.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu menjejaki penurunan daripada prestasi semalaman Wall Street disebabkan aktiviti pengambilan untung menjelang jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan memutuskan untuk menurunkan kadar faedah.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Naik 24.9 Peratus Pada Mei 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pengeluaran getah asli meningkat 24.9 peratus kepada 22,494 tan pada Mei 2025 berbanding 18,008 tan pada April 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Agrobank Sasar 70,000 Akaun Baharu Dibuka Bagi Kempen Mega Million 2.0

MELAKA, 24 Jun (Bernama) -- Agrobank menyasarkan pembukaan 70,000 akaun baharu dengan nilai deposit RM350 juta sepanjang Kempen Mega Million 2.0 dilaksanakan sejak November tahun lepas.