Terdapat 13 berita berdasarkan kata kunci carian " apurva sanghi"

BUDI95 Langkah Tepat Bagi pembaharuan Subsidi Bahan Api Bersasar Malaysia - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pembaharuan subsidi bahan api bersasar Malaysia mengikut inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah langkah yang tepat dalam situasi konflik Asia Barat apabila kerajaan berusaha mengurus tekanan fiskal dengan lebih baik.

Bank Dunia Naikkan Unjuran Pertumbuhan 2026 Malaysia Kepada 4.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk 2026 kepada 4.4 peratus daripada 4.1 peratus berdasarkan permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Ketua Ahli Ekonominya bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi.

Malaysia Tidak Perlu Rangsangan, Walau Krisis Asia Barat - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Malaysia tidak memerlukan rangsangan ekonomi walaupun berdepan krisis Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Dr Apurva Sanghi.

Konflik Asia Barat: Bank Dunia Gariskan Tiga Bidang Untuk Malaysia Perkukuh Kedudukan

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bank Dunia menggariskan tiga bidang utama yang perlu diberi tumpuan oleh Malaysia untuk mengukuhkan kedudukan ekonominya dalam jangka masa panjang di tengah-tengah cabaran global semasa yang timbul daripada konflik di Asia Barat.

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan Meskipun Berdepan Ketidaktentuan Global – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan global yang semakin meningkat, dengan kerajaan memperluaskan langkah-langkah "Pelan B" untuk memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedudukan Makroekonomi Malaysia Lebih Kukuh Hadapi Kejutan Berbanding Era Pandemik 

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Ringgit Malaysia yang lebih kukuh membantu mengurangkan kesan kenaikan harga import global, walaupun paras liputan import negara telah menurun berbanding paras prapandemik COVID-19, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi.

Ringgit Meningkat Semula, Antara Mata Wang Berprestasi Terbaik Di Asia - Ahli Ekonomi Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Ringgit mencatatkan peningkatan semula yang lebih kukuh, melonjak daripada paras kira-kira 4.70 berbanding dolar AS beberapa tahun lepas kepada paras 3.90 pada masa ini, menjadikannya antara mata wang berprestasi terbaik di Asia, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia Apurva Sanghi.

Malaysia Capai Pertumbuhan Ekonomi Berdaya Tahan Pada 2025 - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Malaysia menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang positif dan berdaya tahan tahun ini seperti ditunjukkan menerusi prestasi lebih kukuh berbanding jangkaan pada suku ketiga 2025, menurut Bank Dunia.

Bank Dunia Positif Terhadap Strategi Penyatuan Fiskal Malaysia

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bank Dunia mengiktiraf usaha kerajaan untuk melindungi kemampanan fiskal jangka panjang Malaysia, bagaimanpun mengekalkan pendirian berhati-hati terhadap perbelanjaan pembangunan (DE) yang lebih rendah digariskan dalam Belanjawan 2026.

Bank Dunia Unjur Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Sederhana Kepada 4.1 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal kepada 4.1 peratus pada 2026, tidak berubah daripada unjurannya bagi 2025, menurut Bank Dunia.

Kejayaan Malaysia Bantu Jutaan Rakyat Keluar Dari Kemiskinan Sering Diabaikan - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Kejayaan Malaysia dalam menangani kemiskinan melibatkan jutaan penduduk, tanpa mewujudkan kawasan mundur yang kekal, sering kali diabaikan.

Bank Dunia Unjur Pertumbuhan Ekonomi 2025 Malaysia Pada 3.9 Peratus

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bank Dunia mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 3.9 peratus tahun ini berikutan cabaran global.