Terdapat 13 berita berdasarkan kata kunci carian " aramco"

Petronas Bakal Ambil Alih Pemilikan Penuh PRefChem

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Petronas hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya, Petronas Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhd akan mengambil alih kepentingan yang dipegang oleh Saudi Arabian Oil Company (Aramco) dalam Pengerang Refining Company Sdn Bhd dan Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd (PRefChem), terletak di Kompleks Bersepadu Pengerang, Pengerang, Johor.

Petronas, Aramco Umum Pemindahan Pemilikan Penuh PRefChem Kepada Petronas

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Saudi Arabian Oil Company (Aramco) hari ini mengumumkan pemeteraian perjanjian bagi pemindahan pegangan ekuiti Aramco yang dipegang menerusi Aramco Overseas Company B.V dalam Pengerang Refining Company Sdn Bhd dan Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd (secara kolektif PRefChem) di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor, kepada Petronas.

Mengemudi Cabaran Kalendar F1 2026 Ketika Konflik Asia Barat

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Ketika Formula 1 (F1) membuka kalendar 2026 bermula di Melbourne, Australia dari 6 hingga 8 Mac, sukan permotoran itu kini menghadapi cabaran geopolitik yang paling sukar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Malaysia Berada Pada Kedudukan Baik Untuk Menyokong Bekalan Tenaga Serantau

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Malaysia boleh memanfaatkan gangguan bekalan minyak berskala besar disebabkan oleh konflik di Timur Tengah dengan meletakkan dirinya sebagai pembekal tenaga berdaya maju dan lebih dipercayai kepada pelanggan di Asia, kata penganalisis dan sarjana dalam bidang maritim dan minyak dan gas, Nazery Khalid.

Serangan Terhadap Kemudahan Minyak Dan Gas Cetus Kebimbangan Krisis Tenaga

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Dalam tempoh 24 jam terakhir, sekurang-kurangnya tiga insiden besar menjejaskan industri minyak dan gas, membangkitkan kebimbangan kemungkinan krisis tenaga global sekiranya konflik di Timur Tengah terus berlanjutan.

Harga Minyak Dijangka Meningkat Ke Paras US$90-US$100 Susulan Loji Ras Tanura Tutup Sementara - Penganalisis

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Harga minyak mentah dijangka meningkat sehingga paras US$90-US$100 setong berikutan gangguan yang berlaku di loji Ras Tanura milik syarikat minyak kerajaan Arab Saudi, Saudi Aramco, menurut penganalisis.

Sektor Minyak Dan Gas Bersiap Sedia Hadapi Impak Ketegangan Geopolitik -- Petronas

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Industri minyak dan gas kekal bersiap sedia di tengah-tengah ketegangan geopolitik ketika ini walaupun keadaan masih tenang, kata presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Selat Hormuz Satu Kebimbangan Namun Industri Minyak Kekal Stabil- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Konflik Israel-Iran tidak semestinya memberikan kesan buruk ke atas industri minyak atau mekanisme harga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin Berpengaruh Industri Berhimpun Di Energy Asia 2025, Pacu Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) – Persidangan Energy Asia 2025 bertemakan “Delivering Asia’s Energy” di sini pada 16-18 Jun, 2025, menjadi platform tepat bagi Malaysia dan rantau ini menilai kemajuan mencapai matlamat peralihan tenaga serta memperkukuh komitmen negara ke arah sasaran pelepasan karbon sifar bersih.

Energy Asia 2025 Dijangka Tarik Lebih 4,000 Delegasi Global

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Energy Asia 2025 dijangka menarik lebih 4,000 delegasi antarabangsa apabila ia kembali untuk edisi keduanya dari 16 hingga 18 Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

PM Anwar Sampaikan Ucaptama Kepada Penggubal Dasar, Pemimpin Global Di Energy Asia 2025

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama dan merasmikan Energy Asia 2025, yang akan berlangsung dari 16 hingga 18 Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.