BERITA TERKINI   Malaysia raih pelaburan diluluskan RM190.3 bilion pada separuh pertama 2025, naik 18.7 peratus tahun ke tahun - MIDA  | Inflasi teras pada Julai 2025 sebanyak 1.8 peratus tahun ke tahun, tidak berubah daripada Jun 2025 - DOSM | Inflasi Malaysia pada Julai 2025 naik 1.2 peratus tahun ke tahun berbanding 1.1 peratus pada Jun, didorong terutamanya oleh sektor insurans dan perkhidmatan kewangan - DOSM | Kes Rafizi: 19 individu telah diambil keterangan termasuk keluarga dan pekerja. - Ketua Polis Negara | Lembaga siasatan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden pesawat TUDM - PTU | 

Terdapat 10 berita berdasarkan kata kunci carian " azalina othman said"

Petronas Kekal Milik Persekutuan, Libat Penyertaan Negeri Melalui Kerjasama Strategik - Azalina

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) --   Pemilikan Petronas adalah kekal di bawah kerajaan Persekutuan, namun pendekatan memperkukuh penyertaan negeri-negeri melalui platform kerjasama strategik, pelaksanaan projek bersama dan penglibatan dalam rantaian nilai adalah sejajar dengan struktur Persekutuan yang inklusif selain memastikan kesinambungan manfaat buat semua pihak.

Sabah Peroleh Ruang Penyertaan Menyeluruh Dalam Industri Minyak Dan Gas - Azalina

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Sabah telah diberikan ruang penyertaan yang lebih menyeluruh dalam rantaian nilai industri minyak dan gas, termasuk melalui penglibatan aktif syarikat milik kerajaan negeri seperti SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) menerusi Perjanjian Kolaborasi Komersial (CCA).

Petronas Tubuh Majlis Peralihan, Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan Susulan Penstrukturan Semula

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menubuhkan Majlis Peralihan dan Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan bertujuan menyelaras penempatan semula kakitangan secara adil dan berstruktur susulan penstrukturan semula organisasi itu.

RUU Insolvensi Rentas Sempadan 2025 Sokong Usaha Tarik Pelaburan Asing, Perkukuh Ekonomi

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi Rentas Sempadan 2025 mampu menyokong matlamat jangka panjang negara dalam menarik pelaburan langsung asing di samping memperkukuh kestabilan ekonomi negara.

PM Anwar Adakan Pertemuan Dengan Pemimpin Tertinggi Perancis Sempena Lawatan Rasmi

PARIS, 4 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin tertinggi Perancis pada hari kedua lawatan rasminya ke negara itu, hari ini.

Malaysia Perlu Bersiap Sedia Hadapi Ketidaktentuan Ekonomi Global - PM Anwar

PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Malaysia perlu meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global termasuk kesan daripada kejatuhan pasaran di Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan kerugian sehingga trilion dolar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Petronas, Petros Akan Perinci Butiran Berkaitan Peranan Agregator Gas

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan, kerajaan Sarawak, serta Petroleum Sarawak Bhd (Petros) berhubung butiran peranan masa depan Petros sebagai agregator gas negeri.

Petronas Masih Di Peringkat Awal Eksplorasi Lembangan Langkasuka Di Perairan Kedah, Perlis

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D telah selesai pada 2024. 

Sistem e-SelfAudit Atasi Kegagalan CEO Syarikat Milik Kerajaan Urus Operasi - PM Anwar

PUTRAJAYA, 6 Feb (Bernama) -- Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.

Malaysia Manfaatkan Hubungan Luar Tingkat Ekonomi, Pelaburan Negara - Anwar

PUTRAJAYA, 2 Dis (Bernama) -- Malaysia memanfaatkan hubungan luar untuk meningkatkan ekonomi, pelaburan dan mutu pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.