Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " che khalib mohamad noh"

Pelabuhan Tanjung Pelepas Laksana Inisiatif Elektrifikasi Kumpulan Lori Pelabuhan

ISKANDAR PUTERI, 22 Dis (Bernama) -- Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), usaha sama di antara MMC Group dan APM Terminals yang berpangkalan di Belanda melaksanakan inisiatif elektrifikasi keseluruhan kumpulan lori di pelabuhan itu bermula tahun depan.

Pelabuhan Tanjung Pelepas Terbit Sukuk Hijau Pertama Bernilai RM500 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) berjaya menerbitkan sukuk hijau pertamanya, sebagai usaha untuk mengukuhkan pelaburan dalam pembangunan pelabuhan yang lebih mampan

PETRA Tambah Baik Proses Agar Projek TBB Dapat Diilaksana Lebih Pantas - TPM Fadillah

PETALING JAYA, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sedang menambah baik proses sedia ada bagi mengurangkan karenah birokrasi agar projek Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang diperoleh melalui proses bidaan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas.

Peluasan Jeti Bernilai RM140 Juta Perkukuh Peranan Serantau Johor Port

PASIR GUDANG, 29 Julai (Bernama) -- Johor Port Bhd telah menyiapkan peluasan kemudahan jeti cecair bernilai RM140 juta untuk meningkatkan kapasiti dan memperkukuh kedudukan Pelabuhan Johor sebagai hab pukal cecair utama di Asia Tenggara.

Peralihan Tenaga Perlu Sesuai Dengan Keperluan Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Dasar peralihan tenaga Malaysia perlu disesuaikan dengan realiti negara serta keupayaan tempatan dan bukan sekadar mematuhi tekanan antarabangsa, kata Pengerusi Malakoff Corporation Bhd, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh.

PTP Catat Kendalian Kontena 1.27 Juta TEU Pada Mei, Tertinggi Dalam Tempoh Tiga Bulan

ISKANDAR PUTERI, 5 Jun (Bernama) -- Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) mencatatkan satu lagi pencapaian penting pada Mei apabila mengendalikan kontena berjumlah 1.27 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) iaitu pencapaian tertinggi baharu bagi bulan ketiga berturut-turut.

Pelabuhan Tanjung Pelepas Terminal Kontena Pertama Malaysia Kendali Lebih 12 Juta TEU

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Pelabuhan Tajung Pelepas (PTP) yang juga unit dengan pegangan 70 peratus MMC Corporation Bhd, menjadi terminal kontena pertama di Malaysia mengendalikan lebih 12.25 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) dalam tempoh satu tahun pada 2024.

Northport Pertingkat Kapasiti, Kecekapan Melalui Lapangan Kontena Baharu

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) --  Northport (Malaysia) Bhd (Northport), ahli Kumpulan MMC, mengumumkan siap kerja lapangan kontena terbaharunya, Blok K yang memberi tambahan kapasiti sebanyak 662,256 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) berdasarkan hari simpanan selama lima hari.