BERITA TERKINI   Tawaran Sunway ambil alih IJM luput selepas gagal penuhi syarat raih lebih 50 peratus saham undian | Kapal Malaysia pertama telah melepasi Selat Hormuz - Kedutaan Iran di Malaysia | Pada 6 petang ini, ringgit mengukuh di paras 4.0245/0320 berbanding dolar AS daripada 4.0295/0350 Jumaat lepas | Misi bawa 30 kontena bantuan kemanusiaan bakal beri manfaat kepada kira-kira 100,000 penduduk Palestin - MB Selangor | Misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 libatkan hampir 3,000 peserta dari kira-kira 100 negara - MB Selangor | 

Terdapat 5387 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi "

Memacu AI, Mentransformasikan Tenaga: Sinergi Teras ETCon26 Malaysia

Oleh Siti Raziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) yang bakal berlangsung akan menjadi platform utama untuk memacu kecerdasan buatan (AI) sebagai medan baharu inovasi, sekali gus menggerakkan fasa seterusnya peralihan tenaga Malaysia.

SAMENTA Gesa Kerajaan Tumpu Reformasi Struktur Sokong PMKS

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Pencapaian 100 hari Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong menerusi inisiatif “Hebatkan Perniagaan Malaysia” dilihat sebagai satu permulaan yang baik, namun kerajaan digesa memberi tumpuan kepada reformasi struktur bagi menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Pelaburan TNB Di Spark RE Sokong Matlamat Net Zero 2050

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengekalkan pandangan positifnya terhadap pelaburan strategik Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam Spark Renewable Energy (RE) di Australia, yang memperkukuh komitmen syarikat itu terhadap matlamat Net Zero 2050.

Malaysia Kekal Jadi Tarikan Utama Pelabur Asing Dengan Aliran Masuk Bersih RM98.5 Juta

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Malaysia menjadi satu-satunya pasaran Asia yang mencatat aliran masuk asing bersih minggu lepas, berjumlah RM98.5 juta, daripada lapan negara yang dipantau oleh MBSB Investment Bank Bhd.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh mata wang Amerika Syarikat (AS) itu yang rendah dalam ketidaktentuan geopolitik yang berlanjutan di Asia Barat.

Visi Dr Ling Mendasari Pembangunan Bakat Logistik Malaysia - FMFF

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Mendiang Tun Dr Ling Liong Sik memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan dan merupakan seorang yang berwawasan dalam mengiktiraf industri logistik sebagai tonggak utama pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Ringgit Dijangka Didagangkan Secara Berhati-hati Minggu Depan Berikutan Konflik Asia Barat

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Pasaran pertukaran mata wang asing dijangka kekal dalam sentimen berhati-hati minggu depan, termasuk kemungkinan ringgit dalam julat RM4.00 hingga RM4.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan perang di Iran yang masuk minggu kelima.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan susulan pasaran menjangkakan bank pusat kekal memperketat dasar berikutan peningkatan inflasi dipacu krisis tenaga global. 

Bursa Malaysia Dijangka Kekal Alami Dagangan Secara Berhati-hati Ekoran Konflik Asia Barat

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia dijangka berada dalam julat kecil dan dilakukan secara berhati-hati oleh kalangan pelabur minggu depan, memandangkan bursa tempatan terus dikekang dalam jajaran 1,680 hingga 1,740 berikutan konflik Asia Barat yang berlarutan, kata pakar ekonomi.

Krisis Tenaga Global: Kerajaan Ambil Langkah Berjaga-jaga Dalam Pelarasan Dasar Negara - PM

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Kerajaan telah mengambil langkah berjaga-jaga dalam pelarasan pelaksanaan dasar negara khususnya bagi menangani kesan krisis tenaga global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lonjakan Harga Minyak Bukan Hanya Didorong Permintaan, Malah Kos Pengangkutan, Premium Insurans

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Harga minyak mentah global yang melonjak sehingga US$120 (US$1 = RM4.02) setong bukan semata-mata didorong oleh permintaan dan pembekalan sebaliknya turut dipengaruhi faktor geopolitik, kos penghantaran dan premium insurans.

Kos Meningkat Sepanjang Rantaian Nilai Tenaga Mengehadkan Keuntungan Petronas

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Lonjakan harga minyak global susulan konflik di Asia Barat tidak semestinya membawa kepada keuntungan luar biasa memandangkan peningkatan kos turut berlaku merentasi keseluruhan rantaian nilai tenaga, menurut Petroliam Nasional Bhd (Petronas).