13jam ago
KUALA LUMPUR, Jan 12 (Bernama) -- Favelle Favco Bhd merancang untuk mengambil alih Seram Industries SAS yang berpangkalan di Perancis dengan janji niaga bernilai sehingga RM47.45 juta.
14jam ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat apabila ditutup pada paras tertinggi baharu dalam tempoh enam tahun hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi dan perladangan, seiring dengan prestasi kukuh pasaran serantau.
16jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- JAKS Resources Bhd menerusi unitnya, JAKS Solar Power Sdn Bhd, bersetuju untuk melupuskan sepenuhnya pegangan dalam anak syarikat milik penuhnya, JAKS Solar Nibong Tebal Sdn Bhd (JSNT) kepada Sunview Asset Management Sdn Bhd (SAMSB) pada jumlah pertimbangan sehingga RM55 juta.
18jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd hari ini melancarkan Indeks Kualiti 50 Bursa Malaysia (BMQ) dan Indeks Kualiti 50 Syariah Bursa Malaysia (BMQ-S), iaitu indeks pertama yang dibangunkan secara dalaman berdasarkan kepada prestasi kewangan.
23jam ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan prestasi tinggi semasa awal dagangan pada Isnin menjejaki kenaikan Wall Street pada minggu lepas, apabila sentimen pelabur yang bertambah baik meningkatkan minat belian.
3hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat minggu hadapan memandangkan pasaran mungkin kekal disokong secara konstruktif, kata penganalisis.
3hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks petunjuk pasaran mencecah paras tertinggi lebih daripada enam tahun susulan pembelian berterusan dalam saham mewah, sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran serantau.
4hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham permodalan besar, apabila para pelabur mengalihkan tumpuan kepada kaunter permodalan kecil di tengah-tengah prestasi lemah pasaran serantau.
4hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila pelabur beralih kepada aset selamat susulan amaran Presiden AS Donald Trump kepada kontraktor pertahanan, kata penganalisis.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia pulih daripada penurunan sebelum ini untuk ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, memperoleh 0.27 peratus pada dagangan lewat apabila minat belian kembali kepada saham wajaran tinggi terpilih.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu dalam keadaan dagangan yang kurang memberangsangkan, dengan indeks petunjuk pasaran menyusut di bawah paras 1,670.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Selasa dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut dalam persekitaran kekurangan penyertaan pelabur.