Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " gulung"

Unique Fire Sasar Teroka Pasaran Global Selepas Perpindahan Ke Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Penyedia penyelesaian perlindungan kebakaran Unique Fire Holdings Bhd bersedia meluaskan operasinya ke peringkat antarabangsa, dipacu oleh inovasi produk, usaha mendapatkan pensijilan dan meningkatkan kehadiran dalam pasaran tempatan.

Malaysia Teruskan Pengenaan Duti Anti-Lambakan Ke Atas CRC Dari China, Jepun

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Kerajaan telah membuat penentuan muktamad afirmatif bagi penerusan pengenaan duti anti-lambakan ke atas import produk besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk (CRC), dengan kelebaran melebihi 1,300mm yang berasal atau dieksport dari China dan Jepun

Malaysia Kenakan Duti Anti-lambakan Kepada Produk Gulungan Rata Besi Daripada Empat Negara

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia mengenakan duti anti-lambakan ke atas pengimportan produk gulungan rata besi atau keluli bukan aloi dari China, India, Jepun dan Korea Selatan bagi menentukan kewujudan, tahap dan kesan lambakan yang didakwa daripada negara-negara ini, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Malaysia Mulakan Siasatan Anti-Lambakan Ke Atas Import Gegelung/Kepingan Keluli Bergalvani

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Malaysia telah memulakan siasatan anti-lambakan ke atas gegelung/kepingan keluli bergalvani yang dieksport dari China, Korea Selatan dan Vietnam, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Duti Antilambakan Sementara Kepada Dagangan Subjek Dari China, India, Jepun Dan Korea Selatan - MITI

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Duti antilambakan sementara di antara 2.52 peratus hingga 36.80 peratus perlu dikenakan kepada import dagangan subjek dari China, India, Jepun dan Korea Selatan.

Kerajaan Mulakan Kajian Semula Anti Lambakan Ke Atas Import Besi Atau Keluli Bukan Aloi Gegelung Gulungan Sejuk

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk, dengan kelebaran melebihi 1300mm, berasal atau dieksport dari China, Jepun, Korea Selatan dan Vietnam. 

MITI Mula Kajian Semula Pentadbiran Duti Anti-lambakan Import Keluli Tahan Karat

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap pengenaan duti anti-lambakan berkenaan import keluli tahan karat gulungan sejuk dalam bentuk gegelung, kepingan atau apa-apa bentuk lain berasal atau dieksport dari China, Indonesia, Korea, Taiwan, Vietnam dan Thailand.