BERITA TERKINI   Malaysia sambut baik perjanjian gencatan senjata dua minggu antara AS dan Iran | PM Anwar sambut baik cadangan perdamaian AS-Iran, berharap keamanan serta kestabilan berterusan | 

Terdapat 90 berita berdasarkan kata kunci carian " harga saham"

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, sejajar dengan pasaran serantau, selepas harga Brent crude melonjak melebihi US$115 setong seiring ketegangan berterusan antara AS, Israel dan Iran.

Bursa Malaysia Kemuka Pertanyaan UMA Kepada Globaltec Formation

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Globaltec Formation Bhd ekoran penurunan harga sahamnya yang ketara, dengan peningkatan jumlah dagangan baru-baru ini.

Pertumbuhan Pendapatan, Pengembangan KDNK Pacu Ekuiti Malaysia Pada 2026 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd kekal positif terhadap ekuiti Malaysia pada 2026, didorong oleh pertumbuhan pendapatan sebanyak 6.4 peratus dan pengembangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.4 peratus.

Industri Perbankan Malaysia Kekalkan Asas Kukuh, Hasil Dividen Baik - MBSB Investment Bank

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Industri perbankan telah mengekalkan asas yang kukuh dan hasil dividen yang baik berikutan kestabilan geopolitik dan ekonomi Malaysia yang terus memacu aliran masuk asing, menurut MBSB Investment Bank Bhd. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Berikutan Belian Kukuh Saham Mewah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Isnin, disokong oleh minat berterusan dalam saham mewah, seiring dengan prestasi memberangsangkan di pasaran serantau, kata penganalisis.

Kenanga IB Jangka FBM KLCI Cecah Paras 1,840 Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berpotensi mencecah paras 1,840 tahun ini.

Bursa Malaysia Kemuka Pertanyaan UMA Kepada Greentronics Technology

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Greentronics Technology Bhd berikutan penyusutan ketara harga sahamnya, dengan peningkatan jumlah dagangan hari ini.

ISF Group Sasar Peroleh Projek Pusat Data Selepas Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- ISF Group Bhd akan terus mendapat manfaat daripada pengembangan pusat data di Malaysia selepas penyenaraiannya di Pasaran ACE dengan memperoleh lebih banyak projek tahun ini.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat pada tengah hari, seiring dengan prestasi pasaran serantau, didorong oleh pembelian berterusan dalam kaunter perbankan, penjagaan kesihatan dan utiliti.

IPO : Guan Huat Seng Catat 24 Sen Pada Sesi Awal Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pengeluar makanan yang berpangkalan di Melaka, Guan Huat Seng Holdings Bhd mencatat harga 24 sen sesaham pada kemunculan pertamanya di Pasaran ACE hari ini, rendah sedikit daripada harga tawaran awam permulaannya (IPO) pada 25 sen sesaham.

SBS Nexus Dibuka Tidak Berubah Kepada 25 Sen Ketika Mula Disenarai Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Syarikat penjenamaan dan pemasaran SBS Nexus Bhd mula disenaraikan tidak berubah di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 25 sen sesaham.

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Aktiviti pengambilan untung mendorong Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan harga saham yang tidak banyak berubah selepas melepasi paras tertinggi baharu untuk beberapa kali pada minggu lepas.