Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian " ic design park"

IC Design Park 2 Cyberjaya Bantu Percepat Pertumbuhan Malaysia Sebagai Hab Inovasi Global

Oleh Thivyamalini Ramalu

CYBERJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Pelancaran Malaysia Semiconductor Integrated Circuit (IC) Design Park 2 di Cyberjaya menandakan satu kemajuan besar dalam usaha negara untuk mengukuhkan kedudukannya dalam industri semikonduktor global serta membangunkan generasi baharu jurutera berkemahiran tinggi.

Pembangunan Bakat Tempatan Kunci Kepada Kejayaan Industri Semikonduktor -- PM Anwar

CYBERJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Kejayaan Malaysia dalam membangunkan industri semikonduktor bergantung kepada keupayaan negara melahirkan kumpulan bakat  tempatan yang berkemahiran tinggi dan mampu memenuhi keperluan pelabur global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penubuhan Ehsan Capital Berupaya Perkasa Industri Semikonduktor Selangor - Amirudin

CYBERJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor menerusi Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bekerjasama dengan Artem Venture Fund untuk menubuhkan Dana Semikonduktor Selangor atau Ehsan Capital bagi memperkukuh usaha memperkasakan industri semikonduktor.

Pertumbuhan Industri Semikonduktor Malaysia Perlukan Sokongan Rangkaian Global - Anwar

CYBERJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Industri elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor negara memerlukan sokongan rangkaian antarabangsa yang kukuh, khususnya dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China, bagi memastikan ia terus berkembang pesat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Sedekad Penubuhan: Sidec Terus Mengorak Langkah Pacu Transformasi Digital, Pertumbuhan Usahawan Selangor

SHAH ALAM, 9 Julai (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya baru-baru ini dengan mengambil beberapa langkah strategik bagi terus memacu transformasi digital dan pertumbuhan keusahawanan di Selangor.

Malaysia Semiconductor IC Design Park Perkukuh Kerjasama Dengan Brazil, AWS

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Malaysia Semiconductor IC Design Park membentuk kerjasama strategik dengan ChipInventor dari Brazil dan Amazon Web Services (AWS) menerusi sokongan Kedutaan Brazil di Malaysia melalui Program Diplomasi Inovasi, serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Brazil.

Sektor Semikonduktor Malaysia Mampu Tingkat Landskap Teknologi Asia Tenggara - Pakar Reka Bentuk Ic

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Sektor semikonduktor Malaysia berpotensi meningkatkan landskap teknologi Asia Tenggara, demikian kata pakar pemain industri reka bentuk litar bersepadu (IC) Skyechip, Weeroc dan Chipsbank di Konvensyen Ekonomi Digital dan Bandar Pintar Selangor (SDEC) 2024 hari ini.

Malaysia, Gerbang Utama Eksport Taiwan Ke Negara Asia

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berfungsi sebagai pintu masuk utama untuk eksport Taiwan ke negara-negara Asia memandangkan wujud banyak persamaan dalam perjalanan pembangunan mereka, kata Timbalan Datuk Bandar Kaohsiung, Charles Lin.

Industri Semikonduktor Malaysia Perlu Dipelbagaikan Bagi Perkukuh Kedudukan Global

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Industri semikonduktor Malaysia perlu dipelbagaikan dan tidak terlalu bergantung kepada syarikat multinasional dan keupayaan pembuatan untuk memperkukuh kedudukannya di pasaran global, terutama dalam menghadapi potensi gangguan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.