Terdapat 6 berita berdasarkan kata kunci carian " idham nawawi"

CelcomDigi Labur RM4.6 Bilion CAPEX Pada Separuh Pertama 2025 - CEO

PETALING JAYA, 26 Ogos (Bernama) -- CelcomDigi Bhd melabur sejumlah RM4.6 bilion dalam perbelanjaan modal (capex) setakat separuh pertama tahun ini, daripada komitmen pelaburan keseluruhan RM10 bilion bagi tempoh lima tahun pertama selepas penggabungan syarikat, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Idham Nawawi.

Pembaharuan Runcit CelcomDigi Lonjak Produktiviti 20 Peratus Selepas Penggabungan

KUALA LUMPUR, 16 Julai (BERNAMA) -- CelcomDigi Bhd telah mencatatkan peningkatan produktiviti lebih daripada 20 peratus di seluruh stor runcit berkonsep baharunya, berikutan perubahan yang dibuat untuk menyampaikan pengalaman yang lebih mendalam dan dipacu digital kepada pelanggan.

EdgePoint Sasar Pertumbuhan Sehingga 30 Peratus Tapak Menara Baharu Di Malaysia

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Syarikat infrastruktur telekomunikasi EdgePoint Towers Sdn Bhd dijangka mencatatkan pertumbuhan antara 20 hingga 30 peratus tapak menara telekomunikasi baharu di Malaysia susulan jalinan kerjasama baharu syarikat itu dengan penyedia rangkaian mudah alih, kata Ketua Pegawai Eksekutif Muniff Kamaruddin.

CelcomDigi Catat Untung Bersih Rendah Sedikit Kepada RM436.98 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- CelcomDigi Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sedikit kepada RM436.98 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 (S3 2024) berbanding RM455.72 juta pada suku yang sama sebelumnya.

PR1MA, CelcomDigi Bekerjasama Transformasi Rumah Dengan Penyelesaian Bandar Pintar

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) bekerjasama dengan CelcomDigi Bhd untuk mentransformasikan rumah PR1MA dan pembangunan komersial dengan penyelesaian bandar pintar.

CelcomDigi Meterai MoU Dengan SK Telecom Korea Selatan, Jalin Kerjasama Dalam Inisiatif AI

Daripada Hasnah Jusid

SEOUL, 30 Sept (Bernama) -- CelcomDigi Bhd dan pengendali telekomunikasi tanpa wayar terkemuka Korea Selatan, SK Telecom Co Ltd, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam inisiatif kecerdasan buatan (AI).