VentureTECH Labur RM28 Juta Perkukuh Keselamatan Siber, Daya Tahan Digital Malaysia
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Syarikat pelaburan impak disokong kerajaan, VentureTECH Sdn Bhd melabur RM28 juta dalam Delta Spike Asia Sdn Bhd dan IX Telecom Sdn Bhd bagi memperkukuh keupayaan keselamatan siber serta infrastruktur digital rentas sempadan negara.