Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " jual tanah"

Anak Syarikat Eonmetall Cadang Jual Tanah Di Klang Berharga RM273.28 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Eonmetall Group Bhd (EGB) melalui anak syarikat milik penuhnya Eonmetall Land Sdn Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual sebidang tanah pegangan bebas di Klang, Selangor kepada WG Malaysia VIII Sdn Bhd pada harga RM273.28 juta.

Iskandar Waterfront City Jual Tanah Di Johor Pada Harga RM71.55 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Anak syarikat Iskandar Waterfront City Bhd (IWCity), Bayou Bay Development Sdn Bhd  telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat untuk melupuskan tanah pajakan seluas 6.64 hektar di Johor kepada WB Southern Sdn Bhd pada harga RM71.55 juta.

Matrix Concepts Jual Tanah Di Seremban Pada Harga RM24.61 Juta

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik 85 peratus Matrix Concepts Holdings Bhd, N9 Matrix Development Sdn Bhd, sedang menjual dua bidang tanah kosong bernilai RM24.61 juta di Seremban, Negeri Sembilan kepada Bidara Pesona Sdn Bhd (BPSB).

Greenyield Jual Tanah Industri Di Selangor Pada RM8 Juta

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Greenyield Bhd menjual sebidang tanah perindustrian pegangan pajak yang masih belum dibangunkan di Banting, Selangor kepada pengeluar penapis kartrij, Filtermation (MFG) Sdn Bhd dengan nilai RM8 juta.

Tan Chong Motors Jual Tanah Kepada Unit Avaland Dengan Harga RM148.8 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) menjual sembilan bidang tanah pegangan bebas berkeluasan kira-kira 12,923.74 meter persegi di Kuala Lumpur dengan harga RM148.8 juta.

Gamuda Meterai Perjanjian Bernilai RM1.46 Bilion Jual Tanah, Bina Pusat Data

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Gamuda Bhd menerusi anak syarikat tidak langsungnya, Gamuda DC Infrastructure Sdn Bhd (DCI), telah memeterai dua kontrak membabitkan penjualan tanah seluas 157.42 hektar pada harga RM455.23 juta dan melaksanakan kerja-kerja bernilai RM1.01 bilion dengan Pearl Computing Malaysia Sdn Bhd.

Unit EcoWorld Malaysia Jual Tanah 56.06 Hektar Di Iskandar Malaysia Pada RM693.96 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Anak syarikat EcoWorld Malaysia, Eco Business Park 1 Sdn Bhd menjual tanah pegangan bebas seluas 56.06 hektar di Eco Business Park I di Iskandar Malaysia, Johor kepada  Microsoft Payments (Malaysia) Sdn Bhd pada harga RM693.96 juta.