Terdapat 23 berita berdasarkan kata kunci carian " jualan hartanah"

Untung Bersih Paramount Bagi Tahun Kewangan 2025 Melonjak 16 Peratus Kepada RM118.82 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Paramount Corporation Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu sebanyak RM118.82 juta bagi tahun kewangan 2025 yang berakhir pada 31 Dis, 2025, peningkatan sebanyak 16 peratus daripada RM102.45 juta pada tahun lepas.

MBSB Investment Jangka Momentum Pembelian Hartanah Berterusan Pada 2026

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd mengekalkan tinjauan positif terhadap sektor hartanah, menjangkakan minat belian yang kukuh akan menyokong prospek pemaju.

Permintaan Hartanah Di Malaysia Kekal Berdaya Tahan Dalam Dalam Persekitaran SST, Perubahan Subsidi - RHB IB

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Permintaan untuk hartanah di Malaysia kekal kukuh walaupun Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperluas dan langkah subsidi bahan api bersasar telah diperkenalkan, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Prospek Pendapatan Pemaju Hartanah Dijangka Terus Cerah Pada 2026 -- MBSB IB

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangkakan prospek pendapatan yang cerah bagi pemaju hartanah akan berterusan sehingga 2026, disokong oleh faktor peningkatan jualan pada 2024 dan 2025.

Pendapatan Gamuda Naik Lima Peratus Pada Suku Pertama Dipacu Prestasi Domestik Yang Kukuh, Umum Dividen Lima Sen

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Gamuda Bhd mencatat peningkatan lima peratus dalam pendapatannya kepada RM215 juta bagi suku pertama berakhir 31 Okt, 2025 (S1 TK2026) daripada RM205 juta pada tahun lalu, terutamanya didorong oleh sumbangan yang kukuh daripada projek pembinaan domestik.

Keuntungan Bersih Gamuda Melonjak Kepada RM1 Bilion, Catat Tempahan Dalam Tangan RM38 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih dari tahun ke tarikh semasa, Gamuda Bhd telah melonjak sebanyak 10 peratus memcecah paras RM1 bilion untuk tahun kewangan berakhir 1 Julai 2025.

MBSB IB Jangka Belanjawan 2026 Utamakan Pembeli Rumah Kali Pertama

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangka Belanjawan 2026 terus memberi tumpuan kepada meningkatkan pemilikan rumah bagi pembeli kali pertama, dengan insentif termasuk pengecualian duti setem dan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) bagi menyokong kumpulan berpendapatan rendah hingga sederhana.

Kenanga IB Jangka Tarif AS Beri Kesan Terhad Ke Atas Scientex

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan Scientex Bhd hanya menerima kesan langsung yang minimum daripada ancaman tarif Amerika Syarikat (AS). 

Sektor Hartanah Malaysia Dijangka Terus Meningkat, Dipacu Permintaan Pembelian

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran positif terhadap sektor hartanah Malaysia tahun ini dengan minat pembelian dijangka terus kukuh.

Untung Bersih Mah Sing Bagi Suku Pertama 2025 Melonjak Kepada RM66.04 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Mah Sing Group Bhd mencatatkan lonjakan keuntungan bersih bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 kepada RM66.04 juta berbanding RM60.05 juta bagi suku pertama 2024, disokong oleh prestasi kukuh dalam segmen pembangunan hartanah.

UDA Tawar 422 Unit Hartanah, Terus Perkukuh Pasaran Wilayah Selatan

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- UDA Holdings Berhad (UDA), peneraju hartanah dan pengurusan aset, terus memperkukuh kehadirannya di Johor dengan menawarkan 422 unit hartanah yang menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat bagi memperkasa pemilikan hartanah di kawasan bandar.

Rehda Optimis Sasaran Jualan Bernilai RM180 Bilion Boleh Dicapai

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia dijangka mengukuh pada separuh kedua 2025 dan berada di landasan untuk mencapai jualan RM180 bilion tahun ini, kata Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Malaysia.