BERITA TERKINI   Kerajaan tegas dan tidak akan bertolak ansur dalam hadapi isu rasuah, tidak kira kawan atau lawan - PM Anwar | Penganalisis ekonomi Prof Madya Datuk Dr Madeline Berma meninggal dunia di kediamannya di Bandar Baru Bangi, Selangor pagi tadi - ahli keluarga | PRK DUN Lamag: Mohd Ismail Ayob dipilih calon wakili BN - Pengerusi UMNO Sabah | 

Terdapat 10 berita berdasarkan kata kunci carian " kementerian komunikasi"

U Mobile Naik Taraf 2,976 Tapak Ke Liputan 5G Setakat 31 Oktober

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) --  U Mobile Sdn Bhd telah menaik taraf 2,976 tapak ke liputan 5G yang memberikan 58.2 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk setakat 31 Oktober tahun ini, kata Kementerian Komunikasi.

Kerajaan Pastikan Telco Sedia Khidmat Pantas, Murah Berpandukan MSAP - Fahmi

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) dapat menunaikan janji bagi menyediakan perkhidmatan yang pantas dan murah berpandukan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP), kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

ASEAN Perlu Rebut Kesempatan BRI, AI Untuk Perkukuh Sinergi Ekonomi Bersama China

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid and Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Negara-negara ASEAN perlu mengambil langkah proaktif untuk memanfaatkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan kemajuan teknologi khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh integrasi serantau, merangsang inovasi dan mempertingkat daya saing ekonomi jangka panjang.

Teknologi Perlu Berperanan Sebagai Pelindung Tamadun, Kata Ahli Akademik China

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Teknologi perlu berperanan sebagai pelindung tamadun, bukan sekadar pemangkin kemajuan, tetapi turut membantu menyelamatkan nyawa serta merapatkan jurang komunikasi, kata seorang ahli akademik China pada Jumaat.

Axiata, Sinar Mas Peroleh Kelulusan Bagi Penggabungan Tiga Syarikat

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Axiata Group Bhd dan Sinar Mas mengumumkan pemegang saham PT XL Axiata Tbk, PT Smartfren Telecom Tbk dan PT Smart Telcom (SmartTel) telah meluluskan penggabungan ketiga-tiga syarikat itu menjadi XLSMART secara rasmi.

Dua RUU Berkaitan Ekonomi Diluluskan Di Dewan Rakyat, Dewan Negara

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 yang melabuhkan tirainya semalam, menyaksikan dua Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan ekonomi diluluskan selepas bersidang selama 12 hari.

Pavilion Malaysia MWC 2025 Di Barcelona Papar Pencapaian Digital Negara

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pavilion Malaysia di Mobile World Congress (MWC) 2025 di Barcelona, Sepanyol, yang mengetengahkan pelbagai pencapaian teknologi Malaysia, dibuka secara rasmi pada hari ini.

TM Peruntuk RM4 Juta Bagi Bantuan, Usaha Pemulihan Banjir

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- TM memperuntukkan kira-kira RM4 juta termasuk sumbangan tunai untuk menyokong usaha segera bantuan banjir bagi pelanggan, komuniti dan kakitangan yang terjejas di seluruh negara.

Maxis, Ambank Tingkat Kerjasama Pacu Transformasi Digital Dalam Penjagaan Kesihatan

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Maxis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kumpulan AmBank (Ambank) bagi memacu transformasi digital dalam sektor penjagaan kesihatan Malaysia.

Malaysia, Korea Selatan Berhasrat Tambah Baik MoU ICT, Fokus Teknologi AI

SEOUL, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan berhasrat untuk menambah baik inti pati Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang telah ditandatangani pada 2019, menjelang November ini.