BERITA TERKINI   Banjir di Sabah pulih sepenuhnya, pusat pemindahan terakhir di Beaufort ditutup 4 petang ini - JPBN | Inisiden letupan kompresor di sebuah universiti swasta, mangsa terlibat meningkat 10 orang termasuk seorang maut- Ketua Polis KL | Empat pelajar antara sembilan cedera dalam letupan kompresor di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara - Ketua Polis KL | Rapid Bus akan terima 250 bas elektrik termasuk 75 Rapid Penang dijangka tiba Mac ini - Loke | Bomba sahkan letupan akibat kebocoran gas penghawa dingin di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, dua kakitangan cedera. | 

Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " kerencaman ekonomi"

Usaha Kerajaan Tingkatkan Kerencaman Ekonomi Berjaya - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Usaha kerajaan untuk meningkatkan kerencaman ekonomi negara telah berjaya dengan mengambil kira prestasi sektor ekonomi berdaya saing yang diunjurkan pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Kewangan II yang juga memangku tugas Menteri Ekonomi Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

RMK13 Tumpu Kurangkan Jurang Pembangunan Negeri, Agih Perbelanjaan Seimbang

GEORGE TOWN, 23 Sept (Bernama) -- Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) memberi tumpuan terhadap pengurangan jurang pembangunan antara negeri melalui agihan perbelanjaan pembangunan yang lebih seimbang, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

RMK13 Fokus Lonjakan Industri Teknologi Tinggi, Pertumbuhan Ekonomi Baharu

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menjadi dokumen penting yang merangka strategi pembangunan negara untuk tempoh lima tahun mendatang dengan tujuan memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam arus global yang kian mencabar.

Malaysia Perlu Beralih Kepada Ekonomi Berasaskan Penciptaan Nilai - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu beralih kepada pembangunan ekonomi yang berasaskan penciptaan nilai dengan meningkatkan kerencaman ekonomi untuk menaikkan siling, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bursa Malaysia Naik 70 Mata Sehingga Hari Ini Sejak Pembentangan RMK13 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 70 mata sehingga hari ini sejak Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dibentangkan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

RMK13 Tumpu Reformasi Industri Semikonduktor, Cergaskan Perkhidmatan Global

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) --  Usaha mereformasikan industri semikonduktor tempatan dan mencergaskan industri perkhidmatan global bernilai tinggi merupakan antara tumpuan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), sebagai langkah memperkukuh kerencaman ekonomi negara.

Melakar Masa Depan: RMK13 Beri Tumpuan Kepada Penciptaan Nilai Bagi Pacu Pertumbuhan, Peruntukan Pembangunan RM430 Bilion

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bertujuan memacu pertumbuhan mampan berteraskan penciptaan nilai merentasi semua sektor, melibatkan pelaburan RM611 bilion bagi menjayakan pelan lima tahun itu dan RM430 bilion daripada jumlah tersebut merupakan peruntukan pembangunan daripada kerajaan.