Terdapat 18 berita berdasarkan kata kunci carian " kredit pengguna"

Pinjaman 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian' Cecah RM4.2 Bilion Setakat Akhir September -- MOF

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Jumlah pinjaman skim “Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) setakat 30 September 2025 mencecah RM4.2 bilion yang meliputi 7 juta pemegang akaun aktif dalam negara yang merangkumi 0.3 peratus daripada keseluruhan keberhutangan isi rumah Malaysia.

CCOB Jangka RUU Kredit Pengguna Boleh Dikuatkuasakan Pada Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 yang memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada pengguna melalui kawal selia caj keterlaluan dan amalan kutipan hutang yang beretika dijangka dikuatkuasakan pada suku pertama 2026, kata Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB). 

Rang Undang-Undang Kredit Pengguna Dijangka Diwartakan Akhir Tahun Ini - MOF

PUTRAJAYA, 5 Sept (Bernama) -- Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 (RUUKP) dijangka diwartakan pada akhir tahun ini dan akan memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada pengguna melalui kawal selia caj keterlaluan dan amalan kutipan hutang yang beretika.

Dewan Negara Lulus RUUKP 2025, SKP Dibentuk Kawal Selia Industri Kredit

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) 2025 setelah lapan Ahli Dewan Negara mengambil bahagian membahaskan RUU berkenaan. 

RUU Perolehan Kerajaan, Kredit Pengguna Diluluskan, Cermin Agenda Reformasi MADANI

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat yang menutup tirai bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 pada Khamis selepas bersidang selama 24 hari terus mencerminkan komitmen kerajaan MADANI.

Hampir 170,000 Pengguna Ada Baki Tertunggak BNPL Berjumlah RM121.8 Juta - Lim

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Sejumlah 168,967 pemegang akaun ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) atau 2.6 peratus daripada keseluruhan 6.5 juta pengguna mempunyai baki tertunggak setakat 30 Jun, 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Kemudahan BNPL Terkawal, Langkah Kawal Selia Dipertingkat Bagi Lindungi Pengguna

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Penggunaan kemudahan ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) masih terkawal, namun langkah pengawalseliaan sedang dipertingkatkan menerusi Akta Kredit Pengguna (AKP) 2025 untuk melindungi pengguna.

RUU Kredit Pengguna 2025 Dilulus, SKP Selaras Landskap Kredit Pengguna Negara

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) 2025 bagi melindungi kepentingan pengguna kredit dalam negara.

SKP Akan Laksana Rangka Kerja Kawal Selia BNPL Secara Menyeluruh Dan Mampan - Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) akan melaksanakan rangka kerja kawal selia bagi skim 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian' (BNPL) secara menyeluruh dan mampan bagi memastikan rakyat tidak terjerumus ke dalam kancah hutang, sekali gus membawa kepada peningkatan muflis.

Kerajaan Dicadang Tubuh Agensi Kepercayaan Kredit, Kawal Selia Kelayakan Peminjam Wang

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kerajaan disyor untuk menubuhkan sebuah agensi kepercayaan kredit atau kredit skor bagi mengawal selia kelayakan pengguna untuk membuat pinjaman wang.

Jumlah Transaksi BNPL Meningkat Kepada 102.6 Juta Pada Separuh Pertama 2025 - Lim

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Jumlah bilangan transaksi 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian' (BNPL) meningkat kepada 102.6 juta transaksi pada separuh pertama tahun ini daripada 83.8 juta transaksi pada separuh kedua 2024. 

Risiko BNPL Kekal Terkawal - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) – Jumlah hutang terkumpul skim beli sekarang bayar kemudian (BNPL) kekal sebagai sebahagian kecil daripada keseluruhan hutang isi rumah iaitu sebanyak RM2.8 bilion atau 0.2 peratus daripada jumlah hutang isi rumah setakat Disember 2024.