GX Bank Tingkat Peranan Kepada Segmen Kurang Terima Perkhidmatan, Peniaga Mikro
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- GX Bank Bhd (GX Bank) mengukuhkan peranannya dalam memajukan rangkuman kewangannya, dengan kira-kira 60 peratus daripada asas pelanggannya terdiri daripada segmen yang kurang menerima perkhidmatan, termasuk individu daripada kumpulan pendapatan 40 peratus terbawah (B40) dan 10 peratus daripada ekonomi gig.