Pahang Bangun Kompleks Limbungan Kapal Hibrid RM75 Bilion Di Pekan
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (BERNAMA) -- Kerajaan negeri Pahang melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Pahang dengan kerjasama Teroka Majubina Holdings Bhd hari ini memeterai perjanjian pajakan bagi pembangunan Kompleks Limbungan Kapal Hibrid Tanjung Agas di Pekan, Pahang.