21minit ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia susut ketika mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin yang turut mencerminkan prestasi lemah pasaran global susulan aktiviti jualan ketara di Wall Street serta sentimen negatif yang berlanjutan berkaitan pasaran hadapan Amerika Syarikat (AS) berikutan rancangan tarif Presiden Donald Trump.
2hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup sedikit tinggi pada Jumaat, mengambil petunjuk harga minyak mentah penanda aras yang stabil dan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan getah asli ekoran cuaca lembap di negara pengeluar getah utama, kata seorang peniaga.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Moody’s Analytics mengunjurkan bahawa tarif global yang dikenakan oleh pentadbiran Donald Trump akan memuncak menjelang akhir 2025, dengan tarif ke atas China meningkat kepada 40 peratus daripada paras semasa, 20 peratus.
12hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup tinggi pada Selasa sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau berikutan sentimen meningkat selepas Amerika Syarikat (AS) menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas China, kata peniaga.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kerugian pada sesi awal dagangan hari ini dengan ditutup tinggi pada sesi pagi berikutan peningkatan belian dalam kaunter wajaran tinggi utiliti dan perkhidmatan kewangan terpilih.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dalam wilayah positif pada Selasa, didorong oleh peningkatan dalam perkhidmatan kewangan wajaran tinggi terpilih dan saham telekomunikasi.
20hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup sedikit rendah pada Isnin seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi diterajui oleh kaunter utiliti dan perkhidmatan kewangan.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam senario sentimen Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung menaikkan kadar faedah selain data-data ekonomi negara maju itu yang lebih positif, kata penganalisis.
25hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Rabu dalam persekitaran prestasi pasaran serantau yang lebih baik dan kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga.
26hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan terus ditutup rendah pada Selasa, dipengaruhi oleh aliran menurun pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin berikutan aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras yang lemah, kata seorang peniaga.