4hari ago
PUTRAJAYA, 22 Ogos (Bernama) -- Program Kerjaya dan Keusahawanan Bioagrotek dan Biofarmaseutikal 2.0 (BeST 2.0) akan diperluas kepada subsektor bioteknologi baharu melibatkan teknologi kecerdasan buatan (AI), realiti terimbuh dan realiti maya (AR/VR) serta teknologi tenaga hijau, bagi memastikan modul latihan yang ditawarkan terus seiring dengan keperluan industri.
25hari ago
PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- NanoMalaysia Bhd (NMB), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga syarikat bagi meneroka penggunaan sisa pertanian dalam menghasilkan gentian nano selulosa untuk aplikasi kejuruteraan lanjutan untuk penggunaan pasaran perindustrian dan akhir.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Dana padanan berjumlah RM90 juta dalam bidang semikonduktor dilancarkan melalui Malaysia Sciene Endowment (MSE) bagi meletakkan negara sebagai hab global dalam bidang teknologi pembungkusan canggih yang kini hanya dikuasai segelintir negara seperti Taiwan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Peningkatan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) adalah kunci untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan berdaya saing, demikian menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
2bulan ago
PUTRAJAYA, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk menyenaraikan sekurang-kurangnya 10,000 syarikat pemula niaga (startup) menjelang akhir tahun ini menerusi platform Startup ASEAN yang baru dilancarkan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan untuk menarik seramai 1.7 juta penyertaan individu bagi Malaysia Techlympics 2025, dan bakal meluaskan penyertaannya kepada peserta antarabangsa dalam pertandingan sains, teknologi dan inovasi (STI) itu.
3bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
LANGKAWI, 22 Mei (Bernama) -- Malaysia berpotensi dan berupaya untuk memperoleh manfaat daripada industri ekonomi ruang angkasa yang sedang berkembang pesat berikutan ketersediaan tenaga kerja tempatan yang besar, sumber yang mencukupi dan infrastruktur serta teknologi yang canggih.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Jepun mencatatkan pencapaian baharu dalam perkongsian bioekonomi hijau apabila memeterai tiga perjanjian strategik bernilai RM1.34 bilion pada 12 Mei di Ekspo 2025 Osaka, Jepun.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kini dalam proses memuktamadkan satu kajian awal terhadap usaha pembangunan produk biofuel berasaskan sekerap getah, dengan sasaran mengumumkan keberkesanan penggunaannya secara meluas seawal awal tahun hadapan.
4bulan ago
CYBERJAYA, 24 April (Bernama) -- Malaysia berjaya mengekalkan tempat kesembilan daripada 143 buah negara sebagai pengeksport barangan teknologi tinggi terbesar di dunia pada 2023, pengiktirafan tertinggi yang pernah dicapai dalam tempoh 10 tahun.
4bulan ago
BANGI, 24 April (Bernama) -- Malaysia meletakkan dirinya untuk menjadi pemain utama dalam rantaian nilai unsur nadir bumi (REE) dalam persekitaran perubahan landskap geopolitik dan perang perdagangan yang berlanjutan antara Amerika Syarikat dan China.
4bulan ago
PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Malaysia berusaha ke arah ekonomi lestari dan dipacu inovasi dengan memeterai memorandum persefahaman (MoU) di antara Central Corporate Engineering Sdn Bhd (CCE) dengan Oasis Xtract Sdn Bhd.