Paramount Corp Sasar Jualan Hartanah RM1.5 Bilion Pada 2025
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Paramount Corporation Bhd mensasarkan jualan hartanah sebanyak RM1.5 bilion pada 2025 berbanding RM1.389 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini, disokong oleh nilai pembangunan kasar RM1.4 bilion (GDV) di seluruh lapan projek yang dilancarkan.