4hari ago
PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Kerajaan hari ini mengumumkan pengenalan Dana Pengkomersialan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi membantu teknologi tempatan yang telah dibangunkan untuk digunakan dan dipasarkan secara lebih meluas.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Gamuda Land, anak syarikat hartanah Gamuda Bhd mahu Malaysia kekal sebagai pasaran teras dalam portfolio yang pelbagai di peringkat global sementara terus memperkukuh jejak serantau di Malaysia, Vietnam, Singapura, Australia dan United Kingdom.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) hari ini melancarkan Jana MyPesara dengan peruntukan RM20 juta sebagai pembiayaan mikro untuk membantu pesara mengurus dan menjalankan perniagaan dengan lebih teratur.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- YH Jewellery Corporation Sdn Bhd melantik Evolve Capital Advisory sebagai penasihat kewangan selain bekerjasama dengan MCI Capital Sdn Bhd bagi pengembangan serantau menerusi operasi modal dan memajukan strategi penyenaraian di pasaran saham Nasdaq.
6hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu, seiring dengan harga minyak mentah yang kukuh dalam ketegangan Amerika Syarikat-Iran yang meningkat dan kenaikan niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd berhasrat melipatgandakan lagi usaha membabitkan sektor strategik pada 2026 dengan menumpukan aspek kesalinghubungan, peralihan tenaga selain meningkatkan prestasi portfolio sedia ada.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- UOB Malaysia melanjutkan pinjaman berkaitan kelestarian (SLL) bernilai RM600 juta (US$150 juta) kepada RHB Banking Group.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Prospek bagi sistem perbankan Malaysia yang diberi penarafan A3, kekal stabil didorong oleh pertumbuhan serta asas-asas ekonomi yang kukuh, demikian menurut Moody’s Ratings.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Penilaian pasaran semasa telah memposisikan pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jajaran 4.5 hingga 5.0 peratus pada 2026, mencerminkan pengukuhan permintaan domestik dan momentum pelaburan yang berterusan, sejajar dengan jangkaan Kementerian Kewangan serta institusi antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim (CFIL) di bawah Jawatankuasa Bersama Perubahan Iklim (JC3) telah menerima penyertaan 30 projek setakat Januari 2026, dengan keperluan pembiayaan keseluruhan melebihi RM4 bilion.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Satu rangka kerja perundangan yang komprehensif dalam bentuk Akta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Nasional akan memperkukuh lagi pelaksanaan agenda pembangunan industri dan bakat Malaysia di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- WCT Holdings Bhd merancang untuk mewujudkan program penerbitan nota Islam dengan nilai nominal agregat sehingga RM5 bilion, terdiri daripada Nota Jangka Sederhana Islam Senior dan/atau Nota Islam Kekal Subordinat berasaskan prinsip Shariah Wakalah Bi Al-Istithmar.