Terdapat 169 berita berdasarkan kata kunci carian " pemilikan"

Normalisasi Kadar Faedah Di Jepun Dilihat Beri Impak Lebih Besar Terhadap Asia Berbanding Eropah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Dasar normalisasi berterusan Bank of Japan (BOJ) berkemungkinan memberi impak lebih besar terhadap pasaran kewangan Asia berbanding pendirian kadar faedah Bank Pusat Eropah (ECB) yang lebih tinggi untuk jangka masa panjang.

GWM Malaysia Yakin kekal Momentum Pertumbuhan Dua Angka Menjelang Akhir 2026

​​​​​KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- GWM Malaysia menyasarkan pertumbuhan jualan dua angka menjelang akhir 2026 berikutan prestasi kukuhnya pada tahun lepas apabila jualan melonjak sebanyak 177 peratus kepada hampir 5,900 unit daripada 2,128 unit pada 2024.

Great Wall Motor Pamer Ekosistem Mobiliti Paling Komprehensif Di KLIMS 2026

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Great Wall Motor (GWM) Malaysia mempamerkan ekosistem mobiliti paling komprehensif pada Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 dari 12 hingga 21 Jun, 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan  Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

Pasaran Saham Malaysia Kekal Berdaya Saing Dalam Persekitaran Cabaran Global

KUALA LUMPUR, Jun 11 (Bernama) -- Pasaran saham Malaysia terus menunjukkan daya tahan dan kekal menarik minat yang tinggi meskipun berdepan cabaran rantaian bekalan dan geopolitik global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Petronas Bakal Ambil Alih Pemilikan Penuh PRefChem

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Petronas hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya, Petronas Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhd akan mengambil alih kepentingan yang dipegang oleh Saudi Arabian Oil Company (Aramco) dalam Pengerang Refining Company Sdn Bhd dan Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd (PRefChem), terletak di Kompleks Bersepadu Pengerang, Pengerang, Johor.

Petronas, Aramco Umum Pemindahan Pemilikan Penuh PRefChem Kepada Petronas

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Saudi Arabian Oil Company (Aramco) hari ini mengumumkan pemeteraian perjanjian bagi pemindahan pegangan ekuiti Aramco yang dipegang menerusi Aramco Overseas Company B.V dalam Pengerang Refining Company Sdn Bhd dan Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd (secara kolektif PRefChem) di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor, kepada Petronas.

Institut Penyelidikan Khazanah Gesa Pendekatan Struktur Pembiayaan Perumahan Lebih Mampan

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Struktur pembiayaan perumahan Malaysia mungkin memerlukan pendekatan yang lebih mampan memandangkan tempoh matang pinjaman perumahan yang lebih panjang semakin memberikan tekanan kewangan kepada isi rumah berpendapatan sederhana.

Sektor Hartanah Digesa Tumpu Matlamat Ekonomi Keseluruhan, Bukan Untung Semata-mata

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Sektor hartanah perlu menyokong matlamat ekonomi dan pembinaan negara secara keseluruhan, bukan hanya menumpukan kepada pembangunan perumahan yang didorong keuntungan semata-mata, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Unit TNB Raih RM1.05 Bilion Melalui Sukuk Sri Hijau ASEAN Bagi Projek Solar Di Kedah

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Anak syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Renewables Sdn Bhd melalui unitnya TNB Kuala Muda Solar Sdn Bhd menerbitkan sukuk bernilai RM1.05 bilion melalui Sukuk Wakalah Hijau ASEAN bagi Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) untuk membiayai projek solar fotovolta (PV) di Kedah.

Lestari Cooling Energy Mulakan Platform, Labur RM23 Juta Dalam Lapan Tapak KIPMall

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Usahasama KJTS Group Bhd, Lestari Cooling Energy Sdn Bhd, telah mengaktifkan platform operasinya melalui pelaburan sulungnya dalam aset operasi milik KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT).

LBS Raih Empat Anugerah Berprestij Di StarProperty Real Estate Developer Awards 2026

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pemaju hartanah LBS Bina Group Berhad (LBS) meraih empat anugerah berprestij di StarProperty Real Estate Developer Awards 2026 yang meraikan pemaju hartanah dengan sumbangan signifikan terhadap pembangunan sektor itu di Malaysia.