14hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan sewaan penjana Express Powerr Solutions (M) Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 24 Sept 2025, menjangka meraih RM36.0 juta menerusi tawaran awam permulaannya (IPO).
23hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Malaysia kekal sebagai destinasi menarik bagi pelaburan minyak dan gas, dengan badan pentadbir yang menguruskan aset minyak dan gas huluan negara, Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) di bawah Petronas, membuka beberapa lembangan yang berpotensi di dalam negara.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Suriname E&P BV telah memeterai kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) dengan Staatsolie Maatschappij Suriname NV dan subsidiari milik penuhnya, Paradise Oil Company NV (POC) untuk Blok 66 Suriname.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) merancang untuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong operasi huluannya, terutamanya dalam pengeluaran minyak dan gas, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.
3bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
LANGKAWI, 23 Mei (Bernama) -- Subsidiari konglomerat pertahanan Rostec, Russian Helicopters mahu mengembangkan kehadirannya di pasaran Asia Tenggara dengan memperkenalkan pesawat terbaharunya di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Sapura Energy Bhd (SEB) memperoleh beberapa kontrak kapal sokongan luar pesisir (OSV) di Malaysia dan Thailand yang bernilai hampir RM100 juta.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Sapura Energy Bhd kembali meraih keuntungan dengan mencatat keuntungan bersih sebanyak RM189.53 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2025, berbanding kerugian bersih sebanyak RM508.66 juta setahun lepas.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Sapura Energy Bhd, Sapura Drilling Asia Ltd menerima kontrak penggerudian bernilai kira-kira RM3.2 bilion daripada pelbagai syarikat.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Destini Oil Services Sdn Bhd (DOS), anak syarikat penyedia penyelesaian kejuruteraan Destini Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM10 juta daripada EnQuest Petroleum Production Malaysia Ltd (EPPML) bagi menyediakan perkhidmatan pengendalian tiub TRS bagi operasi luar pesisir.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Kalangan penganalisis berbeza pandangan mengenai unjuran sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia selepas Prospek Aktiviti Petronas (PAO) 2025-2027 diumumkan, yang mengunjurkan pengurangan aktiviti huluan dan penekanan terhadap perkhidmatan penyelenggaraan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), PC North Madura II Ltd, mencapai Keputusan Pelaburan Akhir (FID) bagi pembangunan medan Hidayah, Indonesia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengunjurkan harga minyak mentah Brent tidak menentu dan lebih lemah tahun ini iaitu pada purata US$70 setong berbanding US$80 setong tahun lepas.