14hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Malaysia mempunyai potensi kukuh untuk muncul sebagai hab perdagangan emas fizikal global, disokong oleh persekitaran dasar mesra perniagaan, ekosistem industri bersepadu dan Prinsip Industri Emas Malaysia (MGIP) yang akan datang.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Harga emas dan perak dijangka terus meningkat dalam tempoh sederhana hingga jangka panjang walaupun berdepan situasi tidak menentu jangka pendek didorong oleh perkembangan makroekonomi dan geopolitik global, kata Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA) Datuk Seri Louis Ng.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Harga emas dijangka meneruskan aliran meningkat tahun ini berikutan ketegangan geopolitik yang berterusan dan ketidaktentuan global, kata Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah Persatuan Emas Malaysia Datuk Prof Dr Mohamad Akram Laldin.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu meningkatkan keupayaan penapisan emas tempatan untuk meminimumkan aliran keluar pertukaran asing apabila logam berharga itu dihantar ke kemudahan penapisan di luar negara.
6bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid and Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Permintaan ke atas emas yang kukuh dijangka meningkatkan asas pelanggan Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) kepada 2.3 juta menjelang akhir tahun ini daripada 2.2 juta pada ketika ini.
7bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Permintaan global terhadap jongkong emas sebagai pelaburan selamat semakin meningkat, khususnya dalam kalangan bank pusat dan individu bernilai bersih tinggi (HNWI), menurut Persatuan Emas Malaysia (MGA).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Harga emas melonjak! Logam berharga itu terus mengatasi jangkaan, berulang kali mencatatkan paras tertinggi baharu berikutan pelabur mencari perlindungan daripada ketidaktentuan ekonomi global.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menggesa pemberhentian serta-merta dan larangan import, pembuatan dan penjualan barangan “perak bersadur emas” dan produk-produk serupa yang disadur emas.