15jam ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- AirAsia X Bhd merekodkan kerugian bersih sebanyak RM154.88 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 berikutan kerugian pertukaran asing bersih sebanyak RM232.2 juta susulan susut nilai mata wang tempatan termasuk baht Thailand, rupiah Indonesia dan peso Filipina berbanding dolar AS sepanjang tempoh berkenaan.
20jam ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Malaysia mesti membina keupayaan eksport yang lebih berdaya tahan berbanding terus bergantung kepada pelepasan tarif sementara Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1hari ago
LABUAN, 13 Mei (Bernama) -- Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia (CILTM) Sabah mencadangkan agar negeri itu membangunkan rangka kerja daya tahan maritim dan pengagihan semula aliran kargo bagi memperkukuh ekosistem logistik negeri.
1hari ago
BANGKOK, 13 Mei (Bernama) -- Pengendali lapangan terbang perlu lebih tangkas, fleksibel dan memperkukuh kerjasama bagi mendepani ketidaktentuan yang semakin meningkat termasuk ketegangan geopolitik, gangguan operasi serta perubahan jangkaan penumpang dalam industri penerbangan global.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih CelcomDigi meningkat kepada RM418 juta pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 berbanding RM384 juta pada suku pertama 2025.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- UEM Group Bhd dan anak-anak syarikatnya membelanjakan sejumlah RM5.5 bilion bagi mendapatkan perolehan daripada vendor dan pembekal Bumiputera di antara tahun 2023 dan 2025, kata Pengarah Urusannya Datuk Amran Hafiz Affifudin.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Paydibs Sdn Bhd, gerbang pembayaran berteraskan peniaga di Malaysia kini menjadi peserta langsung untuk Payments Network Malaysia (PayNet) bagi penerimaan DuitNow QR (DNQR) yang menandakan satu peningkatan penting dalam infrastrukturnya.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kumpulan MISC (MISC) mengumumkan penamaan dua kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) generasi baharu, Seri Dian dan Seri Dayang, sekali gus memperkukuh kerjasama jangka panjangnya dengan Seariver Maritime LLC (SRM), anak syarikat milik penuh ExxonMobil.
6hari ago
Daripada Niam Seet Wei
CEBU (Filipina), 8 Mei (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bekalan minyak dan diesel negara kini lebih teratur selepas mengambil langkah-langkah proaktif, terutama di bawah kelolaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Teknologi kembar digital dan pembuatan pintar menjadi elemen yang semakin penting dalam memperkukuh ekosistem perindustrian Malaysia, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
6hari ago
Oleh M. Saraswathi & Karina Imran
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan walaupun risiko meningkat berikutan konflik Asia Barat yang berterusan disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, aktiviti pelaburan yang kekal aktif dan eksport yang utuh dipacu perkembangan pesat sektor teknologi dan kecerdasan buatan (AI) pada peringkat global.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang memperkukuh ekosistem semikonduktor Malaysia melalui tumpuan strategik ke atas pembangunan bakat, pembuatan pintar dan integrasi rantaian bekalan sempena SEMICON Southeast Asia (SEMICON SEA) 2026.