Berjaya Corporation Jual 4.14 Peratus Pegangan Dalam REDtone Pada Harga RM29.76 Juta
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Juara Sejati Sdn Bhd (JSS), anak syarikat milik 100 peratus Berjaya Corporation Bhd (BCorp) melupuskan 32 juta saham yang mewakili kira-kira 4.14 peratus kepentingan ekuiti dalam REDtone Digital Bhd pada harga RM29.76 juta atau 93 sen sesaham.