BERITA TERKINI   Kerajaan sedang mengkaji semula pelaksanaan cukai karbon Malaysia disebabkan situasi geopolitik semasa - NRES | PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia - PM Anwar | Rebat tiket penerbangan RM50 kepada rakyat Malaysia bagi laluan Semenanjung–Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Gawai dan Kaamatan, dari 15 Mei-14 Jun -- Loke | Krisis Tenaga Global: CAAM lanjut tempoh kredit bayaran fi dan caj sehingga 60 hari berkuat kuasa 1 Mei bagi pelihara kemampanan operasi industri penerbangan -- Loke | Krisis tenaga global: ERL perkenal MyPutrajaya Monthly Travel Card khas untuk penjawat awam yang bekerja atau menetap di Putrajaya -- Loke | 

Berjaya Corporation Jual 4.14 Peratus Pegangan Dalam REDtone Pada Harga RM29.76 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Juara Sejati Sdn Bhd (JSS), anak syarikat milik 100 peratus Berjaya Corporation Bhd (BCorp) melupuskan 32 juta saham yang mewakili kira-kira 4.14 peratus kepentingan ekuiti dalam REDtone Digital Bhd pada harga RM29.76 juta atau 93 sen sesaham.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, BCorp berkata berikutan pelupusan itu yang dibuat melalui transaksi perniagaan langsung, BCorp dan anak syarikatnya kini memegang sejumlah 283.28 juta saham, mewakili kira-kira 36.65 peratus kepentingan ekuiti dalam REDtone.

"Hasil tunai daripada pelupusan itu akan digunakan untuk membayar balik pinjaman dan/atau sebagai modal kerja untuk BCorp Group," katanya sambil menambah pelupusan itu akan membolehkan kumpulan berkenaan merealisasikan sebahagian daripada pelaburannya dalam REDtone.

BCorp menambah pelupusan itu tidak akan menjejaskan modal saham terbitannya, pegangan saham oleh pemegang saham yang besar, aset bersih, pendapatan atau penggearan untuk tahun kewangan semasa berakhir 30 Jun, 2025.

Syarikat itu juga berkata pelupusan berkenaan dijangka meningkatkan ekuiti (di bawah rizab yang disatukan) dalam penyata kedudukan kewangan BCorp Group sebanyak kira-kira RM7.68 juta.

-- BERNAMA