Terdapat 18 berita berdasarkan kata kunci carian " sarawak energy"

Sarawak Energy Perluas Sokongan Kepada Vendor Melalui PUNB, UOB

KUCHING, 20 Nov (Bernama) -- Sarawak Energy Bhd (SEB) telah memperluaskan sokongan kepada vendor tempatan melalui kerjasama terkini dalam kewangan dengan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan United Overseas Bank (UOB) Malaysia, bertujuan untuk meningkatkan keupayaan vendor serta mengukuhkan daya tahan rantaian bekalannya.

Southern Cable Kumpul Sehingga RM259 Juta Bagi Biayai Pelan Pengembangan

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Southern Cable Group Bhd (Southern Cable) telah mencadangkan tawaran saham persendirian sehingga 10 peratus daripada jumlah saham terbitannya untuk mengumpul sebanyak RM259 juta bagi membiayai pelan pengembangannya yang bertujuan meningkatkan kapasiti pengeluarannya.

Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak Buka Potensi Projek Penjanaan Baharu

KUCHING, 3 Sept (Bernama) -- Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak baru-baru ini menandakan titik perubahan besar untuk sektor tenaga negeri, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi.

SEDC Energy Bincang Eksport Hidrogen Hijau Dalam Bentuk Pepejal

KUCHING, 30 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menerusia cabang tenaga baharunya, SEDC Energy Sdn Bhd (SEDCE) sedang berbincang dengan beberapa pembeli berpotensi untuk mengeksport hidrogen (H2) hijau dalam bentuk pepejal.

Sarawak Kunci Kepada Usaha Tenaga Hijau ASEAN – Pakar

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Segmen Grid Tenaga ASEAN (APG) yang dikaitkan dengan Sarawak sedang membentuk satu pemangkin penting dalam usaha penyahkarbonan serantau, kata seorang pakar.

Hyrax Oil Dilantik Sebagai pengedar Tunggal Untuk Ergon Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pengeluar pelincir dan minyak transformer terkemuka Malaysia, Hyrax Oil Sdn Bhd dilantik sebagai pengedar tunggal minyak transformer berasaskan ester oleh Ergon Oil (Singapore) Pte Ltd, anak syarikat minyak Ergon Inc yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Sarawak Energy, Japan Bank For International Cooperation Jalin Kerjasama Dalam Tenaga Bersih ASEAN

Daripada Karina Imran

OSAKA, 31 Mei (Bernama) -- Sarawak Energy Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Japan Bank for International Cooperation (JBIC) untuk bekerjasama dalam pembangunan tenaga boleh baharu (RE), mempertingkatkan infrastruktur tenaga rentas sempadan dan bertukar-tukar pengetahuan teknikal.

Metro Glide Muncul Kontraktor Tempatan Berpengaruh Menangi Pelbagai Anugerah

 KUCHING, 8 Mei (Bernama) -- Meskipun perjalanan lebih 20 tahun Metro Glide Sdn Bhd kini diwarnai dengan pelbagai anugerah, namun perjalanan untuk sampai ke tahap itu, bukanlah sesuatu yang mudah.

CPTPP: 8,000 Tan Minyak Sawit Dari Sabah Dieksport Ke UK Dengan Tarif Sifar

Daripada Salawaty Supardi

LONDON, 28 April (Bernama) -- Sebanyak 8,000 tan minyak sawit Malaysia dari Sabah yang dieksport ke United Kingdom (UK) pada awal bulan ini telah mendapat akses tarif sifar di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara Datuk Zakri Jaafar.

TNB Mampu Tingkat Keupayaan Bidang Tenaga Di Luar Negara - Fadillah

Daripada Salawaty Supardi

NEWCASTLE, 27 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) mampu mengembangkan dan terus meningkatkan keupayaannya dalam bidang tenaga di luar negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Grid Tenaga ASEAN Perkukuh Kerjasama Serantau - Fadillah

LONDON, 26 April (Bernama) -- Grid Tenaga ASEAN (APG) merupakan tonggak yang boleh memperkukuh jalinan kerjasama antara anggota perkumpulan itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.