BERITA TERKINI   83 projek Bekalan Air Luar Bandar bernilai RM4.06 bilion diserah kuasa pelaksanaannya kepada kerajaan negeri Sabah - Ahmad Zahid | Sebanyak 299 kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global telah diturunkan oleh penyedia platform media sosial - Fahmi | Sekatan akses media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun dijangka dilaksanakan hujung Jun ini - Fahmi | Malaysia, Australia tegaskan semula komitmen untuk memastikan bekalan tenaga stabil dan berdaya tahan - PM Anwar  | Malaysia dan Australia sokong seruan Paus Leo untuk keamanan serta gesa diadakan dialog bagi menamatkan konflik global | 

Terdapat 64 berita berdasarkan kata kunci carian " subsidi diesel"

Harga Diesel Di Sabah, Sarawak & Labuan Dikekalkan, Bantu Rakyat Jalani Aktiviti Harian - MOF

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dikekalkan pada RM2.15 seliter kerana diesel bukan setakat bahan api bagi mereka malah juga nadi kehidupan untuk menjalankan aktiviti harian.

MTEN Tetapkan Hala Tuju Tangani Krisis Tenaga, Jamin Bekalan Asas – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah menetapkan hala tuju yang jelas dalam mengurus krisis tenaga global yang kian meruncing dan dijangka berpanjangan, dengan memberi penekanan kepada pendekatan utama bagi menjamin bekalan tenaga serta barangan asas agar kehidupan harian rakyat tidak terjejas.

PIAM Perkenal Langkah Interim Tangani Gangguan Perkhidmatan Trak Tunda

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) memperkenalkan langkah-langkah interim untuk menyokong pemegang polisi kenderaan susulan gangguan dalam perkhidmatan trak tunda yang dikaitkan dengan peningkatan kos operasi dan tekanan industri.

90 Peratus Pemain Industri Jangka Gangguan Rantaian Dalam Tempoh Dua Minggu — FMM

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Tinjauan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mendapati 90 peratus daripada lebih 200 responden menjangkakan gangguan rantaian bekalan dalam tempoh dua minggu akan datang disebabkan konflik Asia Barat.

Malaysia Melindungi Ekonomi Domestik Menerusi Subsidi Bersasar - Ahli Ekonomi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kerangka subsidi bersasar dan disiplin dasar Malaysia terbukti berkesan melindungi ekonomi negara daripada kesan kejutan harga tenaga akibat konflik di Asia Barat.

Konflik Asia Barat: Tiada Pakej Rangsangan Ekonomi Buat Masa Ini - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Tiada pakej rangsangan ekonomi akan diperkenalkan buat masa ini susulan konflik di Asia Barat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

BNM Dijangka Nilai Kesan Kejutan Minyak Sebelum Naikkan Kadar Faedah Kekang Inflasi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Penggubal dasar berkemungkinan menilai keadaan terlebih dahulu sebelum menaikkan kadar faedah bagi mengekang inflasi yang berpunca daripada kesan konflik di Asia Barat serta lonjakan harga minyak, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Bursa Malaysia Susut Di Bawah Paras 1,700 Berikutan Ketidaktentuan Global Jejas Saham

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, menyusut di bawah paras psikologi utama 1,700 mata memandangkan perkembangan geopolitik terus mempengaruhi sentimen pasaran, kata penganalisis.

Kerajaan Tanggung Subsidi Bahan Api RM3.2 Bilion Sebulan Untuk Kesejahteraan Rakyat - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan memastikan rakyat terus menerima bantuan melalui penyasaran subsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95, selain mengekalkan harga petrol dan diesel walaupun perbelanjaan subsidi bahan api meningkat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

RON95 Boleh Kekal Pada RM1.99 Walaupun Harga Minyak Global Melonjak - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia mungkin dapat mengekalkan harga bahan api RON95 pada RM1.99 seliter walaupun harga minyak global meningkat susulan ketegangan di sekitar Selat Hormuz, kata ahli ekonomi.

Perbelanjaan Subsidi Diesel Susut Kepada RM6.2 Bilion Pada 2025, Jimat RM4 Bilion - MOF

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Perbelanjaan sebenar subsidi diesel berkurang kepada RM6.2 bilion pada 2025 berbanding RM10.1 bilion pada 2024, sekali gus mencatatkan penjimatan sebanyak RM4 bilion.

Kerajaan Komited Pastikan Penyasaran Subsidi Tidak Bebankan Rakyat

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kerajaan komited  memastikan penyasaran subsidi tidak membebankan rakyat sekali gus membolehkan kerajaan meningkatkan peruntukan bantuan yang bersasar kepada rakyat dalam usaha mengukuhkan jaringan perlindungan sosial yang lebih terangkum.