BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Ashgabat pada 8 malam (11 malam waktu Malaysia) untuk lawatan rasmi dua hari ke Turkmenistan | 

Terdapat 167 berita berdasarkan kata kunci carian " terminal"

Terminal 2 KLIA Bakal Ditempatkan Kemudahan Pengecasan EV Ultra Pantas Pertama Di Malaysia

SEPANG, 10 Jun (Bernama) -- Stesen pengecasan ultra pantas kenderaan elektrik (EV) pertama di lapangan terbang di Malaysia bakal dibangunkan di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan infrastruktur mobiliti hijau negara.

Muhibbah Peroleh Kontrak Terminal Regasifikasi Lng Bernilai RM300 Juta Di Lumut

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Muhibbah Engineering (M) Bhd (Muhibbah) memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM300 juta daripada Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd (LMTSB).

Gas Malaysia Perkukuh Keselamatan, Daya Tahan Tenaga Melalui Kerjasama Dengan Tokyo Gas, VTTI

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd, unit di bawah MMC Corporation Bhd mengambil langkah penting dalam memperkukuh keselamatan tenaga Malaysia melalui pemeteraian perjanjian pembangunan bersama dengan Tokyo Gas Co Ltd dan VTTI BV bagi cadangan pembangunan terminal regasifikasi gas asli cecair (LNG) (RGT) di Yan, Kedah.

Nasi Dagang Mak Yah Kekal RM2 Sejak Sedekad, Terima Permintaan Luar Negara

MERSING, 1 Jun (Bernama) -- Nasi Dagang Mak Yah Mersing di Pasar Awam Kampung Bahagia di sini mengekalkan harga RM2 sebungkus sejak lebih sedekad lepas tatkala ramai peniaga bergelut menampung kenaikan kos bahan mentah, sekali gus menjadikannya antara pilihan sarapan murah.

PIP Bantu Capai Sasaran Perdagangan Malaysia-Thailand US$30 Bilion

PADANG BESAR, 30 Mei (Bernama) -- Kerajaan yakin pembangunan Depot Pelepasan Pedalaman Perlis (PIP) di sini akan menyumbang secara signifikan kepada sasaran perdagangan dua hala Malaysia-Thailand, yang diunjurkan mencecah US$30 bilion menjelang tahun depan.

Pelaksanaan B15 Di Semenanjung Pada 1 Jun Tidak Jejaskan Eksport Minyak Sawit Negara - Noraini

PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Pelaksanaan biodiesel B15 yang akan bermula di seluruh semenanjung pada 1 Jun ini dijangka memperkukuh keselamatan tenaga negara tanpa menjejaskan jumlah eksport minyak sawit negara.

HKBAC Sasar Jadi Peneraju Di Asia Pasifik Selepas Naik Taraf Terminal

HONG KONG, 21 Mei (Bernama) -- Pengendali pangkalan tetap (FBO), Hong Kong Business Aviation Centre (HKBAC) bersedia untuk menjadi peneraju dalam pasaran penerbangan swasta Asia Pasifik (APAC) susulan penyiapan projek penempatan semula dan pengubahsuaian terminal selama lima tahun.

Syarikat Malaysia Sasar Cadangan Pembangunan Bersepadu Di Cebu, Filipina

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- MTD Philippines Inc yang juga sebahagian AFK Group dari Malaysia, telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan wilayah Cebu, Filipina, membabitkan cadangan pembangunan bersepadu di Naga City, Cebu.

Shell Malaysia Akan Perbesar Terminal Bahan Api Di Westports

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (SMT) mengumumkan pembesaran Terminal Bahan Api Shell Westports yang akan memperkenalkan infrastruktur import baharu merangkumi tiga tangki tambahan bagi petrol dan diesel.

CILTM Cadang Sabah Bangunkan Kerangka Kerja Daya Tahan Maritim Perkukuh Ekosistem Logistik

LABUAN, 13 Mei (Bernama) -- Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia (CILTM) Sabah mencadangkan agar negeri itu membangunkan rangka kerja daya tahan maritim dan pengagihan semula aliran kargo bagi memperkukuh ekosistem logistik negeri.

Cabaran Penerbangan Global Tuntut Ketangkasan, Kerjasama Lebih Kukuh - MAHB

BANGKOK, 13 Mei (Bernama) -- Pengendali lapangan terbang perlu lebih tangkas, fleksibel dan memperkukuh kerjasama bagi mendepani ketidaktentuan yang semakin meningkat termasuk ketegangan geopolitik, gangguan operasi serta perubahan jangkaan penumpang dalam industri penerbangan global.

PDC, MAHB Lulus Tubuh Syarikat Usahasama Laksana Projek PILA

GEORGE TOWN, 5 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meluluskan penubuhan Syarikat Usahasama PILA Sdn Bhd bagi melaksanakan projek Penang International Logistics Aeropark (PILA).