Terdapat 61 berita berdasarkan kata kunci carian " westports"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa apabila terdapat aktiviti pengambilan untung awal dalam persekitaran harga minyak mentah rendah berikutan petunjuk potensi ketegangan mereda antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Bursa Malaysia Tinggi Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengukuh sedikit pada tengah hari berikutan pembelian berterusan dalam kaunter berwajaran tinggi, didahului sektor produk dan perkhidmatan pengguna, perkhidmatan kewangan serta utiliti.

Bursa Malaysia Meningkat Dalam Dagangan Awal

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Harian, Jejaki Sentimen Lemah Serantau

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Isnin, apabila tekanan jualan merebak merentas saham wajaran tinggi indeks utama susulan sentimen pelabur serantau yang berhati-hati serta minat risiko global yang hambar.

Shell Malaysia Akan Perbesar Terminal Bahan Api Di Westports

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (SMT) mengumumkan pembesaran Terminal Bahan Api Shell Westports yang akan memperkenalkan infrastruktur import baharu merangkumi tiga tangki tambahan bagi petrol dan diesel.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari apabila sentimen pelabur lemah dalam persekitaran ketiadaan perjanjian yang konkrit dan pencapaian dasar antara China dan Amerika Syarikat (AS) berikutan lawatan Presiden AS Donald Trump ke China.

Dr Ling Tinggalkan Legasi Berkekalan Dalam Infrastruktur Pengangkutan, Logistik Malaysia

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Mendiang Tun Dr Ling Liong Sik memainkan peranan penting dalam memperkukuh infrastruktur pengangkutan Malaysia, dengan meninggalkan legasi berkekalan membabitkan pelabuhan, lapangan terbang dan rangkaian logistik yang terus menyokong daya saing negara, kata pemain industri.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dalam Persekitaran Prestasi Bercampur Serantau

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi pada tengah hari, susulan prestasi bercampur-campur di pasaran serantau berikutan ketidakpastian mengenai kesan krisis Asia Barat.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Di Sebalik Risiko Asia Barat

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal pada Jumaat berikutan pelabur menilai risiko daripada konflik di Asia Barat yang berterusan.

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Susulan Optimisme Konflik Asia Barat Mereda

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka kukuh pada Khamis, disokong peningkatan optimisme bahawa konflik di Asia Barat berpotensi mereda dalam masa terdekat, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Indeks Komposit Naik 1.10 Peratus

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, dengan indeks utama meningkat 1.10 peratus seiring dengan kenaikan kukuh merentasi pasaran serantau susulan peningkatan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

MTTSL Sasar IPO RM652.5 Juta, Penyenaraian Logistik Terbesar Sejak Westports

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pengendali perkapalan kontena, MTT Shipping and Logistics Bhd (MTTSL), merancang untuk mengumpul RM652.5 juta melalui terbitan awam sebanyak 633.5 juta saham biasa baharu.