BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 1-1 KL City | Liga Super: NSFC 0-1 JDT | 

Terdapat 11 berita berdasarkan kata kunci carian "airasia malaysia"

Penerbangan Terus Johor Bahru–Kunming Beri Rangsangan Kepada Tahun Melawat Malaysia 2026

BEIJING, 5 Dis (Bernama) -- Penerbangan terus antara Johor Bahru dan Kunming akan menyumbang secara positif kepada Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), kata Konsul Jeneral Malaysia di Kunming Muhamad Akmal Abdul Wahab. 

AirAsia Perkenal Penerbangan Terus KL, Kuching Ke Pontianak Bermula 12 Sept

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- AirAsia Malaysia melancarkan dua laluan baharu dari Kuala Lumpur dan Kuching ke Pontianak, Indonesia, bermula 12 September 2025, sekali gus menjadi satu-satunya syarikat penerbangan antarabangsa beroperasi di ibu negeri Kalimantan Barat, Indonesia, itu.

AirAsia Sasar Tingkat Laluan Ke Pulau Pinang Dalam Rancangan Pengembangan Serantau

GEORGE TOWN, 8 Julai (Bernama) -- AirAsia sedang giat meneroka peluang untuk meningkatkan ketersambungan penerbangan ke dan dari Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan wilayahnya yang berterusan, sekali gus mengesahkan komitmennya untuk mengukuhkan kebolehcapaian serantau.

Gabungan CAAM-MAVCOM Pacu Pertumbuhan Sektor Penerbangan -- AirAsia

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- AirAsia mengalu-alukan penggabungan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM)  kerana ia merupakan langkah penting bagi mengukuhkan sektor penerbangan negara.

AirAsia Batal, Jadualkan Semula Penerbangan Susulan Letusan Gunung Lewotobi

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- AirAsia Group Bhd telah mengumumkan gangguan penerbangan masuk dan terbang dari Bali, Lombok serta Labuan Bajo berikutan letusan Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara, Indonesia.

Jadual Penerbangan Malaysia Ke Ahmedabad Tidak Berubah Selepas Kemalangan Air India

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Penerbangan oleh syarikat-syarikat penerbangan dari Malaysia ke Ahmedabad, Gujarat, India, tidak terjejas dan tetap mengikut jadual memandangkan Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad telah dibuka selepas penutupan sementara berikutan kemalangan maut penerbangan Air India.

Radar 'Sepi' Selepas Syarikat Penerbangan Global Batal, Ubah Laluan Susulan Konflik

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

BEIJING, 8 Mei (Bernama) -- Kelancaran perjalanan udara global bertukar menjadi kelam-kabut pada pagi Rabu susulan tindakan drastik syarikat penerbangan dunia membatalkan perkhidmatan selain melencongkan laluan yang merentasi Asia, Timur Tengah dan Eropah selepas penutupan ruang udara Pakistan.

AirAsia Malaysia Gantung Penerbangan Amritsar Susulan Penutupan Lapangan Terbang

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- AirAsia Malaysia telah menggantung sementara, penerbangan masuk dan keluar dari Amritsar, India berikutan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Sri Guru Ramdas Jee Amritsar.

AirAsia Pindahkan Perkhidmatan Domestik Di LTSAAS Ke KLIA T2 Berkuat Kuasa 7 April

KUALA LUMPUR, 6 Mac -- AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April, 2025.

AirAsia Tawar Penerbangan Terus Ke Andaman And Nicobar Islands Mulai 15 Nov

Daripada Siti Aisyah Harun

SRI VIJAYA PURAM (India), 17 Nov (Bernama) -- AirAsia menjadi syarikat penerbangan antarabangsa pertama menawarkan penerbangan terus ke Andaman and Nicobar Islands, dengan tambang berpatutan bermula 15 Nov, 2024.

AirAsia Kukuhkan Rangkaian Domestik, Tambah 2,000 Penerbangan Mingguan

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.