2hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Malaysia perlu terus menarik pelaburan strategik dan berkualiti tinggi sambil memastikan syarikat tempatan meraih bahagian yang lebih besar daripada nilai yang dicipta oleh pelabur global yang beroperasi di negara ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid.
15hari ago
Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen
JOHOR BAHRU, 24 April (Bernama) -- Persatuan Nelayan Negeri Johor (JOSFA) merancang untuk memperluas projek ternakan udang putih dalam tangki pada skala besar bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan yang semakin meningkat.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Semakan fi yang dilaksanakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru-baru ini bertujuan memastikan kewangan badan pengawal selia itu mampan untuk jangka panjang berikutan struktur pendapatan semasanya adalah berkait rapat dengan aktiviti pasaran, menurut SC.
20hari ago
Oleh Farhana Poniman
GEORGE TOWN, 19 April (Bernama) -- Walaupun ketidaktentuan geopolitik meningkat, kitaran kenaikan industri semikonduktor global yang berterusan dijangka memacu pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang sehingga 2026.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku pertama 2026 berdasarkan anggaran awal, mencerminkan asas ekonomi yang kekal berdaya tahan meskipun berdepan peningkatan ketidaktentuan global, khususnya kenaikan harga minyak susulan ketegangan geopolitik, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
29hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia pada Februari 2026 mencatatkan jualan sebanyak RM156.3 bilion, mencerminkan pertumbuhan 5.3 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
29hari ago
PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Kadar pengangguran pada Februari 2026 kekal 2.9 peratus, mencatat bilangan penganggur yang lebih rendah, iaitu 506,800 orang, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) mengadakan mesyuarat permulaan bagi projek kerjasama dengan Telekom Malaysia Bhd (TM) semalam, susulan pemeteraian perjanjian borong 5G selama tiga tahun pada Februari 2026.
1bulan ago
SUNGAI PETANI, 1 April ( Bernama) -- Usaha yang dilaksanakan Agrobank dalam membantu usahawan di negara ini mengembangkan perniagaan mereka membuahkan hasil apabila lebih banyak syarikat yang berjaya meningkatkan jualan masing-masing pada tahun lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Kualiti kredit pinjaman perniagaan secara keseluruhannya meningkat tanpa perbezaan trend yang ketara merentas segmen dan sektor dengan bahagian pinjaman terjejas dan pinjaman yang menunjukkan peningkatan risiko kredit perniagaan bertambah baik, masing-masing kepada 2.8 peratus dan 10.7 peratus.
1bulan ago
IPOH, 26 Mac (Bernama) -- Wah Seng (1986) Distribution Centre yang terletak di Taman Maju Rapat di sini merupakan gudang pertama di negara ini menerima perakuan penarafan GreenRE Platinum.
1bulan ago
JASIN, 13 Mac (Bernama) -- Malaysia terus menunjukkan prestasi ekonomi yang positif meskipun berdepan ketidaktentuan global.